KUALA LUMPUR: Walaupun transformasi digital telah membantu negara dalam mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19, namun evolusi pesatnya juga telah meningkatkan risiko siber dan meluaskan lagi impaknya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memetik laporan 'World Economic Forum 2023 Global Cybersecurity Outlook' yang menyatakan bahawa 93 peratus daripada pemimpin siber dan 86 peratus pemimpin perniagaan siber percaya bahawa ketidakstabilan geopolitik akan memungkinkan berlakunya bencana siber dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Dalam kalangan pemimpin perniagaan siber, 43 peratus percaya bahawa bencana siber akan memberi impak besar kepada perniagaan mereka sendiri; namun hanya 27 peratus daripada pemimpin perniagaan percaya mereka telah mencapai ketahanan siber.
"Jurang yang ketara antara syarikat yang memiliki daya tahan siber dan kemungkinan impak besar daripada bencana adalah membimbangkan, dan ini perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan, perniagaan, ahli akademik serta masyarakat," katanya dalam ucapan beliau pada perasmian Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2023, di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang merasmikan majlis tersebut bagi pihaknya.
Anwar berkata mengikut Laporan Keadaan Risikan Ancaman Siber, 26,900 kelemahan dilaporkan pada tahun 2022, di mana 55 peratus daripadanya boleh dieksploitasikan dari jauh.
Pelaku ancaman mendedahkan atau mencuri 22.62 bilion bukti kelayakan dan rekod peribadi, daripada maklumat akaun dan kewangan hinggalah kepada e-mel dan nombor keselamatan sosial.
Anwar berkata bagi menanganinya, kerajaan di seluruh dunia telah meletakkan keselamatan siber dalam agenda nasional mereka, komited untuk berusaha mencapai ruang siber yang terbuka, selamat, stabil, saling beroperasi dan aman berdasarkan prinsip tingkah laku negara yang bertanggungjawab.
"Perbincangan di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mencapai kemajuan yang sangat memberangsangkan dan Malaysia berharap ia akan terus berjalan lancar, memandangkan landskap geopolitik yang mencabar.
"Kerajaan-kerajaan perlu menunjukkan betapa mustahaknya norma, peraturan dan prinsip tingkah laku negara pada standard yang utuh dan meneruskan usaha untuk memastikan pelaksanaannya yang berkesan," katanya.
Beliau berkata di peringkat nasional, usaha mencapai ekosistem siber hanya boleh dicapai melalui tadbir urus yang baik dan strategi berkesan dengan hasil yang boleh diukur.
CYDES 2023 yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd berlangsung bermula hari ini hingga 13 Julai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, dengan tema "Membina Ketahanan Siber: Melindungi Masa Depan Digital".
Semasa acara tersebut, Velum Labs Sdn Bhd, anak syarikat Sapura Group dan NACSA menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam perkongsian model risikan dan pelaksanaan siber bagi mengukuhkan, mempromosi dan membangunkan keupayaan siber negara secara strategik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Anwar berkata, 93 peratus daripada pemimpin siber dan 86 peratus pemimpin perniagaan siber percaya bahawa ketidakstabilan geopolitik akan memungkinkan berlakunya bencana siber dalam tempoh dua tahun akan datang. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.