KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) kini telah muncul sebagai penyelesaian pembayaran dan pembiayaan yang menarik bagi kebanyakan orang di tengah-tengah pertumbuhannya yang pesat.
Ini sekali gus menjadikan perkhidmatan ini penting untuk dikawal selia demi kebaikan pengguna, pemberi pinjaman serta mengelakkan daripada sebarang potensi risiko kepada sistem kewangan, demikian menurut pakar.
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 10 penyedia BNPL bukan bank, nilai urus niaga pasaran BNPL melonjak kepada RM1.49 bilion pada 2021 berbanding RM55 juta pada 2020.
Industri BNPL global pula dianggarkan bernilai kira-kira US$157 bilion (RM699 bilion).
Justeru, Akta Kredit Pengguna (CCA) yang dijangka dibentangkan pada suku kedua 2023 adalah tepat pada masanya untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan sistem kewangan.
CCA akan berfungsi sebagai pendekatan awal selepas memantau trend, risiko dan kesan berpotensi ke atas kedudukan kewangan pengguna dan ia akan ditadbir oleh Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) di bawah Kementerian Kewangan (MOF).
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata mengawal selia industri BNPL adalah penting untuk melindungi pengguna daripada kemungkinan risiko seperti data pelanggan dipergunakan dan kekurangan bantuan untuk pelanggan yang mudah terjejas atau mengalami masalah kesukaran kewangan.
"Siapakah yang akan menyemak kontrak antara BNPL dan pengguna? Atas dasar apakah 'jumlah yang diluluskan' diberikan kepada pengguna? Potensi untuk meletakkan pengguna terlalu banyak berhutang dengan pelbagai produk BNPL dan yang paling penting, beli sekarang dan tidak dapat membayar kemudian?
"Keupayaan penyedia BNPL untuk menjalankan penilaian kelayakan kredit dan kemampuan yang menyeluruh terhadap pengguna dihalang oleh jangka masa yang suntuk apabila memasuki kontrak.
"Ini adalah tiga sebab mengapa industri ini mesti dikawal secepat mungkin," katanya kepada Bernama.
Kertas rundingan mengenai CCA itu menyatakan bahawa terdapat peningkatan kehadiran penggiat yang tidak dikawal selia dalam bidang kredit pengguna termasuk syarikat yang menawarkan BNPL, syarikat pemfaktoran dan pajakan bukan bank, pembeli pinjaman terjejas (ILB) dan agensi kutipan hutang (DCA).
Inisiatif ini disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Berkongsi pendapat yang sama, Profesor dan Dekan Institut Pengajian Siswazah di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Geoffrey Williams berkata perlunya ada peraturan undang-undang untuk melindungi pemiutang dan pemberi pinjaman.
"Jadi, penyedia tidak berdaftar atau tidak dikawal mesti dihapuskan dalam mana-mana rangka kerja BNPL baharu dan ia adalah satu trend yang baik jika dikawal dengan betul dan telus.
"Ia adalah pilihan yang lebih baik daripada menggunakan kad kredit mahal atau meminjam daripada peminjam haram. Ia menyediakan peluang baharu dalam kredit pengguna jika ada peraturan yang berkesan dan tahap celik kewangan yang tinggi dalam kalangan pengguna," katanya.
Williams turut menekankan BNM juga harus memainkan peranan untuk melihat risiko sektor kewangan sistemik serta risiko dalam institusi pemberi pinjaman.
"Pilihan Islam juga harus disediakan sebagai sebahagian daripada rangka kerja perlindungan risiko," katanya.
Sementara itu, Mohd Sedek berkata peningkatan BNPL sebagai alternatif kepada kredit tidak dapat dielakkan dan sama seperti kes ride hailing dan penghantaran makanan, kunci pertumbuhan bagi penyedia BNPL ialah memperoleh perkongsian pedagang secepat mungkin.
"Bukan itu sahaja, bank digital juga akan merangsang pengembangan dan pertumbuhan BNPL," katanya.
Mengenai kebimbangan terhadap hutang isi rumah, Mohd Sedek berkata BNPL sudah pasti akan memperlihatkan tekanan tertentu ke atas hutang isi rumah kerana BNPL tidak membekalkan pengawal selia maklumat kredit pelanggan dan kaedah itu dipasarkan sebagai lebih baik berbanding kad kredit.
Mengambil contoh statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, beliau berkata pada 2021, lebih 20 kes muflis difailkan oleh individu di bawah umur 25 tahun, manakala 1,060 kes direkodkan bagi kumpulan berumur 25 hingga 34 tahun.
Dalam pada itu, Williams pula mempunyai perspektif yang berbeza tentang hutang isi rumah dengan menyatakan walaupun BNPL mungkin menambah hutang isi rumah, ia juga mungkin hanya mengagihkan semula hutang daripada kad kredit dan kesan bersih BNPL terhadap hutang isi rumah masih tidak diketahui.
"Ia boleh mengurangkan kebergantungan mereka kepada kad kredit mahal yang menjadi masalah besar kepada pengguna muda," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Nilai urus niaga pasaran BNPL melonjak kepada RM1.49 bilion pada 2021 berbanding RM55 juta pada 2020. -Gambar hiasan/Pexels

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Mahkamah | Ahli perniagaan didakwa tipu hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.

Mata Wang | Ringgit susut 4.6%, tidak eksklusif kepada Malaysia
Nilai ringgit menyusut sebanyak 4.6 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun ini. Sehingga 10 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia telah susut 6.3 peratus sejak awal tahun lalu.

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum yang berupaya memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal ini, semua kenyataan lebih-lebih lagi yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej negeri.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pekerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Rayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 25 Okt
Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Okt untuk mendengar rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen bank melibatkan Goldman Sachs dan keluarga Zeti Akhtar.

Google Cloud umum bawa rantau awan pertama ke Malaysia
Google Cloud mengumumkan akan membawa rantau awan pertamanya ke Malaysia bagi memenuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia.

Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Penting bagi BNPL dikawal selia untuk lindungi pengguna - Pakar
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 10 penyedia BNPL bukan bank, nilai urus niaga pasaran BNPL melonjak kepada RM1.49 bilion pada 2021 berbanding RM55 juta pada 2020.

Pengenalan BNPL semasa COVID-19 tepat pada masanya
Dylan Tan berkata, tidak menghairankan apabila melihat ramai peruncit di Malaysia menggunakan kaedah pembayaran alternatif yang lebih selesa ini.