Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
BISNES

Penumpang di lapangan terbang MAHB meningkat

Rizal Zulkapli 11/01/2017 | 02:19 MYT
Trafik pesawat turut meningkat sebanyak 0.9% tahun ke tahun. - Gambar fail
Jumlah penumpang di lapangan terbang kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad pada 2016 tumbuh pada kadar 5.7% kepada 118.5 juta berbanding 2015.

Jumlah ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul.

Trafik penumpang antarabangsa meningkat sebanyak 6.1% kepada 52.8 juta dan domestik meningkat sebanyak 5.4% kepada 65.7 juta.

Trafik pesawat turut meningkat sebanyak 0.9% tahun ke tahun.

Di dalam negara, lapangan terbang di Malaysia mengendalikan 88.8 juta penumpang, meningkat 6.0% berbanding tahun 2015.
#lapangan terbang #MAHB #penumpang