Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah merangka beberapa kemungkinan penyelesaian berkaitan dengan aduan AirAsia Bhd tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang mungkin tidak memihak kepada syarikat penerbangan itu, kata Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali.
"Penyelesaian yang kami telah gariskan dan sedang kami laksanakan bermula dengan penurapan semula. Kami menambah bidur konkrit dan kini menggunakan sebatian poliuretana di bay Q17, tetapi pembaikan perlu dilakukan secara progresif.
"Sekiranya anda (AirAsia) mahukan penyelesaian sekali, kami tidak dapat melakukannya kerana ia bermakna menutup lapangan terbang," katanya sambil menambah dengan berbuat demikian ia akan mengganggu penumpang.
Bercakap kepada Bernama semasa Hari Terbuka GLC 2015 yang baru berakhir baru-baru ini, Badlisham berkata, sejak pembukaannya pada 1 Mei, 2014, sehingga Julai 2015, klia2 telah mengendalikan 26 juta penumpang.
klia2 digunakan oleh banyak syarikat penerbangan yang berpangkalan di Singapura, Indonesia, Filipina, Australia serta, namun hanya satu pihak yang merungut, katanya.
Berpindah balik ke Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) tidak pernah dibincangkan sehingga baru-baru ini dibangkitkan oleh AirAsia.
Menurut Badlisham, LCCT tidak lagi wujud dan kerja-kerja sedang dijalankan seperti yang dirancang untuk menukarkannya menjadi kemudahan kargo.
Beliau berkata MAHB tidak akan berkompromi dengan keselamatan.
"Sekiranya terdapat masalah segera yang mungkin menjejaskan keselamatan, kami akan menjadi yang pertama mengambil tindakan. Kami tidak akan menunggu Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyuruh kami untuk berbuat demikian.
"Sebagaimana dibuktikan menerusi kejadian kebocoran bahan api pada tahun lepas, kami menerusi keputusan secara sebelah pihak memutuskan untuk menutup ruang terbabit selain mengarahkan KLIA Aviation Fuel System Sdn Bhd melakukan kerja-kerja pembaikan serta langkah-langkah halangan bagi saluran paip bahan api klia2," katanya.
Malah, katanya, kesemua syarikat penerbangan juga sentiasa dimaklumkan mengenai situasi serta status atau perkembangan yang berlaku.
Pada Sabtu lepas, pihak DCA menerusi satu kenyataan turut menyifatkan mendapan di ruang parkir dan laluan pesawat klia2 telah dikenal pasti sebagai situasi yang berkemungkinan menjejaskan pematuhan yang ditetapkan.
Ia turut menegaskan, isu-isu berkenaan turut diperakui MAHB dan langkah-langkah pembaikan untuk jangka pendek dan panjang, telah dilaksanakan.
Menurut Badlisham, MAHB juga sering berkomunikasi dengan AirAsia di banyak peringkat yang mana petugas operasi dan teknikal dan rakan sejawatan mereka akan membincangkan mengenai jalan penyelesaian yang berkaitan.
"Syarikat-syarikat penerbangan akan dimaklumkan lebih awal iaitu sebelum mana-mana ruang itu ditutup. Apabila ada sebarang keperluan pembaikan, pesawat akan diubah ke ruang lain yang selamat untuk beroperasi. Kerja-kerja pembaikan itu tidak memerlukan kesemua ruang itu ditutup," katanya.
Malah, tegas Badlisham, klia2 mempunyai sejumlah 74 ruang yang cukup bagi menampung keperluan semua pesawat syarikat penerbangan itu.
Ia juga bermakna: "Kami boleh menutup sejumlah ruang tertentu dengan syarat kami memaklumkan notis awal yang lazimnya kami lakukan."
"Ini tidak semestinya bermakna ruang itu bermasalah. Adakalanya isu atau masalah di ruang itu turut disebabkan syarikat penerbangan," katanya.
Mengulas kejadian membabitkan penerbangan QZ0202 AirAsia Indonesia di Bay Q11, klia2, Badlisham berkata MAHB menganggap insiden pesawat 'mengundur' itu sebagai serius.
"Apabila insiden itu disiarkan oleh media, MAHB telah membuat semakan jika laporan telah dibuat dengan pihak berkuasa, tetapi tiada.
"Kami tidak berpuas hati dan melihat kembali rakaman insiden itu daripada kamera litar tertutup.
"Keadaan insiden itu menunjukkan pesawat itu mengundur yang mungkin disebabkan penyendal tidak diletakkan dengan betul oleh kakitangan syarikat penerbangan yang kemudian menyebabkan roda di bahagian muncung pesawat berpusing.
"Apabila AirAsia bercakap mengenai keselamatan dan menggunakan insiden roda di bahagian muncung pesawat untuk merujuk kepada keselamatan di media sosial, kami ingin tahu sebab mereka tidak melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa," katanya.
Badlisham berkata MAHB berpuas hati apabila DCA mengumumkan hasratnya untuk menyiasat insiden tersebut baru-baru ini.
"MAHB hanya ingin tahu punca sebenar supaya kita semua boleh bertanggungjawab untuk menangani sebarang isu mengenai keselamatan penumpang kita dan memberi keyakinan berhubung keselamatan lapangan terbang klia2 kita," katanya.
Mengenai kesan kepada keyakinan penumpang untuk menggunakan lapangan terbang itu disebabkan isu yang dibangkitkan oleh AirAsia, MAHB berkata klia2 telah mematuhi Pensijilan Aerodrome daripada DCA yang menekankan aspek keselamatan dan operasi lapangan terbang itu pada tahap toleransi.
Beliau menekankan bahawa isu keselamatan menjadi keutamaan MAHB dan pematuhan lapangan terbang itu yang bernilai RM4 bilion telah disahkan oleh IKRAM Premier Consulting (IKRAM) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Terdapat hampir 500 penerbangan setiap hari masuk dan keluar dari klia2, termasuk penerbangan seperti Tiger Air, Cebu Pacific, Jetstar dan Malindo.
Ditanya mengenai permintaan AirAsia supaya pensijilan itu ditunjukkan kepada umum, beliau berkata laporan IKRAM dan ICAO itu dikendalikan oleh kerajaan.
"Ia bukan dokumen kami. Ia milik kerajaan.
"ICAO menetapkan standard dan DCA, sebagai badan kawal selia, mempunyai kuasa untuk memperakui bahawa lapangan terbang itu selamat untuk beroperasi," katanya.
Mengenai surat tuntutan (LOD) AirAsia untuk RM409 juta, Badlisham berkata, MAHB masih berbincang dengan peguam dan akan menjelaskan kedudukannya minggu ini.
"Saya terkejut dan secara terus terangnya kecewa. Saya ingin katakan yang MAHB dan kerajaan Malaysia telah berusaha untuk menginovasi dan cukup berani pada ketika itu untuk melabur dalam LCCT dan mewujudkan persekitaran di mana AirAsia boleh berkembang maju," katanya.
AirAsia telah mendapat manfaat yang besar daripada usaha ini untuk menjadi LCCT terbesar di Asia, katanya.
"Kami akan cabar LOD itu," tambahnya.
Badlisham berkata, perpindahan ke klia2 dengan kapasiti 45 juta penumpang setahun bukan sahaja baik untuk negara, tetapi ia juga baik untuk AirAsia dan penumpang.
"LCCT dengan kapasiti 15 juta penumpang setahun sudah pun sesak dan AirAsia tidak boleh berkembang lagi jika mereka ingin terus kekal di sana.
"Di klia2, tidak ada had untuk syarikat penerbangan kos rendah itu untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.
Trafik penumpang AirAsia telah berkembang kira-kira enam peratus sejak ia berpindah dari LCCT ke klia2, katanya.
Bernama
Wed Aug 12 2015
klia2 digunakan oleh banyak syarikat penerbangan yang berpangkalan di Singapura, Indonesia, Filipina, Australia. - Gambar Fail
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.