TAMPIN: Selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun, McDonald’s Malaysia turut bersama-sama menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri melalui pembukaan cawangan baharunya di sini.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, langkah pengembangan tersebut sekali gus menawarkan peluang pekerjaan bagi komuniti setempat khususnya di sekitar Tampin.

“Pembukaan rangkaian baharu ini adalah seiring dengan pelan pembangunan kami hasil daripada peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.

“Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan disamping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat serta meningkatkan taraf kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI pada Majlis Perasmian McDonald’s Tampin, Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) – Yayasan Jaafar Ahmad, dan Penyampaian Zakat Korporat McDonald’s untuk Negeri Sembilan.

Turut hadir merasmikan majlis, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Rangkaian terbaharu ini merupakan restoran ke-15 dibuka di Negeri Sembilan dengan lokasi strategik berdekatan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan dan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan.

Turut hadir merasmikan majlis, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, sebagai usaha meningkatkan kemahiran kognitif serta keyakinan diri golongan kanak-kanak istimewa, restoran khidmat segera tersebut turut mewujudkan sebuah Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di cawangan di sini.

McDonald's Tampin | Perasmian cawangan Tampin, tingkat sosio ekonomi setempat

Tambah Azmir, bilik terapi sensori itu disediakan khas bagi membantu kanak-kanak istimewa khususnya daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Sehingga kini, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) Malaysia telah membangunkan sebanyak 35 cawangan buah bilik terapi sensori di seluruh negara dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta.

“Ia turut memanfaatkan lebih daripada 7,000 orang kanak-kanak istimewa termasuk di Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan McDonald’s Malaysia turut menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang diwakili oleh Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abd. Aziz Sheikh Ab. Kadir.