awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbelanjaan pembangunan RMK-12 lebih tinggi berbanding RMK-11

Luqman Hariz
Luqman Hariz
20/09/2021
10:01 MYT
Perbelanjaan pembangunan RMK-12 lebih tinggi berbanding RMK-11
Mustapa menjangka momentum pemulihan akan kembali apabila ekonomi dibuka secara berperingkat selepas negara memasuki fasa endemik. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan memperuntukkan RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan pada tahun pertama pelaksanaannya iaitu 2021.
Ini berbanding peruntukan pembangunan kira-kira RM50 bilion bagi tahun pertama RMK-11.
Dalam satu temu bual bersama The Edge, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini amat penting untuk membangunkan Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
“Kita perlu terus melabur dalam infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, jambatan dan infrastruktur digital. Ini adalah pemacu penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” kata Mustapa.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan dijangka mempunyai ruang fiskal yang terhad untuk berbelanja pada 2021 dan 2022.
“Walaupun kita perlu berbelanja lebih untuk inisiatif memerangi pandemik COVID-19, kerajaan juga komited untuk memastikan projek-projek pembangunan yang sudah bermula, tidak terganggu,” katanya. BACA SEMUA BERHUBUNG RMK-12 DI LAMAN MIKRO INI
Katanya, kerajaan berdepan cabaran berganda apabila penularan pandemik COVID-19 merencatkan ekonomi dan menjejaskan pendapatan negara, tetapi pada masa yang sama perbelanjaan operasi yang meningkat untuk menguruskan impak wabak tersebut.
“Defisit fiskal dijangka meningkat 6.5 hingga 7.0 peratus tahun ini dan kerajaan merancang untuk meningkatkan paras siling hutang kepada 65 peratus daripada KDNK,” ujarnya.
Mustapa bagaimanapun berkata, momentum pertumbuhan ekonomi dijangka memulih apabila lebih banyak negeri beralih fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara.
“Selaras dengan pemulihan ekonomi, Kerajaan dijangka boleh berbelanja lebih untuk pembangunan mulai 2023 dan seterusnya, ketika COVID-19 dijangka memasuki fasa endemik dan ekonomi kembali normal, insyaAllah,” katanya.
Kata Mustapa, RMK-12 bersifat transformatif dan akan memperkenalkan beberapa reformasi signifikan untuk menyelesaikan beberapa masalah struktural dalam ekonomi, terutamanya masalah struktural yang dibawa oleh COVID-19.
RMK-12 juga bersasar untuk mengembalikan pertumbuhan ekonomi sambil membangunkan masyarakat yang inklusif dan seimbang berteraskan konsep Keluarga Malaysia.
“Kami akan membangunkan mekanisme kukuh yang melibatkan masyarakat sivil, syarikat-syarikat dan orang ramai untuk memberi kami maklum balas mengenai pelaksanaan RMK-12,” katanya.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#RMKe-12
#bajet 2022
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan