awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

Bernama
Bernama
15/11/2024
07:45 MYT
Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang
Akta 2015 memerlukan Perbendaharaan AS menyediakan laporan pada setiap enam bulan mengenai dasar makroekonomi dan kadar pertukaran mata wang asing rakan dagang utama negara itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi rakan dagang utama dengan amalan mata wang dan dasar makroekonomi yang memerlukan perhatian rapi negara itu.
Menurut Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa Perbendaharaan AS dalam laporan bertajuk "Report to Congress - Macroeconomics and Foreign Exchange Policies of Major Trading Partners of the United States" bagi November 2024, Malaysia memenuhi satu kriteria dalam laporan terakhir (pada Jun) dan laporan bagi November.
"Apabila sesebuah rakan dagang utama mencapai dua daripada tiga kriteria dalam Akta Kemudahan Perdagangan dan Penguatkuasaan Perdagangan 2015 (Akta 2015), rakan dagang berkenaan akan dimasukkan dalam senarai pemantauan.
"Sehubungan itu, Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai pemantauan dalam laporan ini," menurut laporan berkenaan.
Akta 2015 memerlukan Perbendaharaan AS menyediakan laporan pada setiap enam bulan mengenai dasar makroekonomi dan kadar pertukaran mata wang asing rakan dagang utama negara itu.
Akta berkenaan turut mewajibkan Perbendaharaan AS melakukan analisis yang lebih terperinci mengenai dasar makroekonomi dan kadar pertukaran bagi setiap rakan dagang utama yang memenuhi tiga kriteria itu.
Tiga kriteria berkenaan adalah lebihan dagangan dua hala dengan AS sekurang-kurangnya US$15 bilion (US$1= RM4.48); lebihan akaun semasa material sekurang-kurangnya 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); dan intervensi berterusan di sebelah pihak dalam pasaran mata wang asing sekurang-kurangnya lapan bulan dalam tempoh setahun dengan pembelian bersih sekurang-kurangnya 2.0 peratus daripada KDNK ekonomi dalam masa12 bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat
#rakan dagang utama
#amalan mata wang
#menyediakan laporan
#Malaysia digugur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan