BISNES
Perdagangan Kemboja dengan ASEAN capai AS$8.45 bilion pada separuh pertama 2025

Jumlah dagangan Kemboja dengan negara anggota ASEAN meningkat enam peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
PHNOM PENH: Jumlah dagangan Kemboja dengan negara anggota ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara) yang lain mencecah AS$8.45 bilion dalam separuh pertama 2025, meningkat enam peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lapor Xinhua memetik laporan rasmi.
Negara itu mengeksport produk bernilai AS$3.12 bilion ke negara ASEAN sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, meningkat 16 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala jumlah import ialah AS$5.33 bilion, naik 0.91 peratus, menurut laporan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan.
Menurut laporan itu, jumlah dagangan Kemboja dengan ASEAN menyumbang 27.2 peratus daripada keseluruhan jumlah dagangan negara itu dalam separuh pertama 2025.
-- BERNAMAMust-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami