BISNES
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
MATRADE berkata prestasi perdagangan Malaysia merekodkan pencapaian bersejarah pada 2025 apabila perdagangan, eksport dan import mencatat nilai tertinggi setakat ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia melepasi paras RM3 trilion buat pertama kali pada 2025, mencecah RM3.06 trilion dengan peningkatan 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala eksport pula mengatasi import sekali gus menghasilkan lebihan dagangan RM151.8 bilion.
Ringkasan AI
Eksport negara melepasi RM1 trilion untuk tahun kelima berturut-turut, meningkat 6.5 peratus kepada paras tertinggi pernah direkodkan sebanyak RM1.607 trilion, manakala import berkembang 6.2 peratus kepada RM1.455 trilion.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata prestasi perdagangan Malaysia merekodkan pencapaian bersejarah pada 2025 apabila perdagangan, eksport dan import mencatat nilai tertinggi setakat ini yang mencerminkan daya tahan serta daya saing negara dalam mendepani persekitaran perdagangan global yang semakin tidak menentu.
"Pertumbuhan eksport disokong oleh rekod penghantaran barangan pada paras tertinggi ke rakan dagangan tradisional, iaitu ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Taiwan dan Kesatuan Eropah (EU), mencerminkan penglibatan kukuh Malaysia dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi dan berintensifkan teknologi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Eksport ke China bagaimanapun berkembang pada kadar yang lebih sederhana.
Rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia yang komprehensif, termasuk rangka kerja serantau utama seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), terus memainkan peranan penting dalam memudahkan akses pasaran, mempelbagaikan destinasi eksport dan mengurangkan risiko perdagangan.
Dengan memanfaatkan perjanjian ini, eksport meneruskan trend peningkatan, dengan eksport ke Hong Kong, Mexico dan Kanada merekodkan nilai tertinggi setakat ini, disokong oleh pertumbuhan daripada pelbagai kategori barangan, katanya.
Secara keseluruhannya, MATRADE berkata prestasi ini dicapai walaupun berdepan ketidaktentuan global yang semakin berpanjangan, termasuk ketegangan geopolitik, penstrukturan semula rantaian bekalan dan peningkatan risiko perlindungan perdagangan.
Sementara itu, Disember 2025 muncul sebagai bulan dengan nilai perdagangan, eksport dan import tertinggi apabila import berkembang 12.0 peratus kepada RM133.68 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Import barangan perantaraan meningkat 3.6 peratus kepada RM63.16 bilion, import barangan modal menurun 11.8 peratus kepada RM15.31 bilion, manakala import barangan penggunaan meningkat 27.6 peratus kepada RM13.10 bilion, katanya.
Berdasarkan suku tahunan, perdagangan pada suku keempat (S4) 2025 meningkat 11.7 peratus kepada RM826.65 bilion berbanding S4 2024.
Eksport meningkat 11.0 peratus kepada RM436.22 bilion manakala import naik 12.6 peratus kepada RM390.44 bilion.
Mengenai prospek tahun ini, MATRADE berkata perdagangan Malaysia dijangka berkembang pada kadar sederhana, selaras dengan prospek perdagangan global yang diumumkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa unjuran jumlah perdagangan barangan global meningkat 0.5 peratus.
Prospek itu kekal tertakluk kepada risiko penurunan yang timbul daripada langkah-langkah sekatan perdagangan, ketegangan geopolitik, ketidakpastian dasar dan keadaan permintaan global yang lemah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdagangan Malaysia melampaui RM3 trilion pada 2025, meningkat 6.3% daripada tahun sebelumnya, dengan eksport melebihi import dan mencatat lebihan dagangan RM151.8 bilion.
- Eksport negara mencapai paras tertinggi RM1.607 trilion, sementara import meningkat kepada RM1.455 trilion, menandakan prestasi perdagangan Malaysia yang kukuh dalam persekitaran global yang tidak menentu.
- Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia, termasuk CPTPP dan RCEP, memainkan peranan penting dalam memudahkan akses pasaran, memperluaskan destinasi eksport, dan mengurangkan risiko perdagangan, membolehkan eksport ke Hong Kong, Mexico, dan Kanada mencatat nilai tertinggi.