SEPANG: China optimis bahawa perdagangan dan pelaburannya dengan Malaysia akan mencapai peringkat baharu dalam era pasca pandemik, menurut Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Berikutan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), China sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan, memanfaatkan potensi kerjasama dalam bidang baharu, dan mengalakkan integrasi China-Malaysia ke arah kemajuan bersama membabitkan kedua-dua negara, katanya.
Katanya potensi bidang kerjasama itu meliputi ekonomi digital, industri elektrik dan elektronik, keselamatan siber dan teknologi tinggi.
"Sebagai nod penting Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Malaysia menikmati lokasi yang strategik dan persekitaran perniagaan yang sihat.
"Kami bersedia untuk berkongsi pengalaman untuk bermula dan mencatatkan kemajuan bersama-sama Malaysia, kekal memperkukuh kerjasama praktikal dan sinergi strategik dan rancangan kerjasama untuk pemulihan ekonomi dan pembangunan sosial dalam era pasca pandemik.
"Kita sepatutnya mengubah krisis ini kepada satu peluang yang akan mewujudkan kerjasama di peringkat yang lebih tinggi dan menghasilkan keputusan yang bernilai dan luar biasa," katanya semasa pelancaran Hab Platform Perdagangan Dunia elektronik (eWTP) Cainiao Aeropolis di sini, hari ini.
Ouyang berkata jumlah perdagangan dua hala antara China dan Malaysia, dan pelaburan bukan kewangan China ke Malaysia meningkat berbanding kemungkinan sebanyak 43.9 peratus dan 76.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.
China juga kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk tempoh 12 tahun berturut-turut, selain sumber pelaburan langsung asing terbesar dalam sektor pembuatan di Malaysia selama lima tahun berturut-turut, katanya.
"Kedua-dua negara ini sentiasa tertumpu untuk memperkukuh kerjasama merangkumi pelbagai bidang termasuk taman perindustrian, pembinaan infrastruktur, pembuatan peralatan, ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan ekonomi digital.
"Penandatanganan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau menyuntik dorongan baharu terhadap pembangunan ekonomi wilayah Asia Pasifik, yang akan menyokong bidang baharu, model baharu dan format perniagaan baharu dalam kerjasama pragmatik kita.
"Ia juga akan memainkan peranan utama untuk menggalakkan pemulihan ekonomi dan kesejahteraan jangka panjang," katanya.
Ouyang berkata China dan Malaysia akan memperkukuhkan lagi kerjasama di bawah rangka kerja Inisiatif Jalur dan Laluan, memperkukuh sinergi di antara strategi pembangunan, merangsang pemacu pertumbuhan baharu dan mewujudkan tumpuan baharu kerjasama.
Menurutnya kedua-dua negara akan turut memanfaatkan kelebihan itu untuk menambah baik kerjasama ekonomi dua hala.
China dan Malaysia menjalinkan kerjasama dua hala sejak 47 tahun lepas, antaranya dengan memperkukuh kepercayaan politik bersama dan kemajuan yang stabil bagi kerjasama ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Katanya potensi bidang kerjasama itu meliputi ekonomi digital, industri elektrik dan elektronik, keselamatan siber dan teknologi tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir: Lebih 4,000 penyakit berjangkit dikesan di PPS seluruh Kelantan
Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.
Polis bunuh pelajar: 'Abah sakit... abah sakit! Mata tak nampak - Bapa
Bapa pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 56, memberitahu Mahkamah Tinggi anaknya meronta-ronta kesakitan.
Bomoh cabul remaja dipenjara 50 tahun, 16 sebatan
Tertuduh, Zemi Rahim, 51, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
“Adik berusia 17 tahun boleh fikir tentang keadaan calon SPM tahun hadapan” - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah berkongsi rasa sedih dan kesal tentang pelajar mangsa banjir yang perlu meneruskan peperiksaan SPM. “Menteri patut mendengar dan memahami keadaan calon yang terkesan” katanya.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
“Kerajaan tetap akan beri pertimbangan cuma tidak boleh disegerakan..”-PM
Perdana Menteri berkata bantuan untuk kerugian akibat banjir melibatkan haiwan ternakan dan kemudahan di rumah akan dipertimbangankan.
Tema klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 kini boleh digunakan di PlayStation 5
Tema Klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5
Serangan jantung mengejut, pelakon Korea Selatan Park Min-jae meninggal dunia
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min-jae, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung di China, Jumaat lalu.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Perdagangan, pelaburan China-Malaysia bakal capai tahap baharu - Duta China
China optimis bahawa perdagangan dan pelaburannya dengan Malaysia akan mencapai peringkat baharu dalam era pasca pandemik, menurut Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.