awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Kumpulan 4U2C ambil serius isu hak cipta lagu, bincang dengan MACP
MALAYSIA
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya Perkeso
MALAYSIA
Kastam Pulau Pinang rampas rokok, minuman keras bernilai RM2.67 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Perintah Gaji Minimum 2016 berkuat kuasa 1 Julai

Bernama
Bernama
02/05/2016
04:43 MYT
Perintah Gaji Minimum 2016 berkuat kuasa 1 Julai
Perintah Gaji Minimum 2016 melibatkan semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.
Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Beliau berkata perintah tersebut melibatkan semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik (pembantu rumah) sebagaimana yang terkandung dalam PGM 2012.
"Kerajaan telah meneliti semua syor yang telah dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara dan telah mengambil pendekatan 'balanced approach' serta mempertimbang kepentingan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya melalui PGM 2016, kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.
Beliau berkata bagi gaji minimum harian pula ia tertakluk kepada jumlah jam bekerja maksimum seminggu iaitu 48 jam bagi Semenanjung Malaysia.
"Untuk enam hari bekerja dalam seminggu, kadar gaji minimum harian adalah RM38.46, (lima hari/seminggu, RM46.15) dan (empat hari/seminggu, RM57.69)," katanya.
Bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan pula untuk enam hari bekerja dalam seminggu, gaji minimum harian adalah RM35.38, (lima hari/seminggu, RM42.46) dan (empat hari/seminggu, RM53.08), katanya.
Riot berkata bagi pekerja yang dibayar berdasarkan upah mengikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang perlu dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Dalam pada itu, katanya klausa berhubung Permohonan Penundaan, Rundingan bagi Penstrukturan Semula Gaji dan Pengurangan Kadar Gaji Minimum bagi pekerja dalam tempoh percubaan yang ada dalam PGM 2012 tidak ditetapkan bagi PGM 2016.
"Bagi pekerja-pekerja yang masih menjalani tempoh percubaan melangkau tarikh 1 Julai 2016, tiada pengurangan kadar gaji minimum dibenarkan bagi pekerja-pekerja yang masih dalam tempoh percubaan tersebut mulai 1 Julai 2016," katanya.
Oleh yang demikian, jelasnya garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara pada 6 Sept 2012 selaras dengan penguatkuasaan PGM 2012 adalah dimansuhkan dengan berkuatkuasanya PGM 2016 mulai 1 Julai 2016.
"Kerajaan berharap kadar gaji minimum baharu ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja Malaysia sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.
Sesalinan perintah tersebut boleh diperoleh dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia iaitu www.mohr.gov.my.
Topic Berkaitan
#gaji minimum 2016
#Richard Riot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami