BISNES
  
            Perjanjian ART Malaysia-AS lindungi jutaan pekerjaan rakyat Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menegaskan AS tidak menentukan pelaburan mana yang diterima Malaysia, sebaliknya negara ini hanya digalakkan meneroka mekanisme saringan berdasarkan amalan terbaik antarabangsa serta pertimbangan keselamatan nasional. - Facebook
            
      SHAH ALAM: Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat (AS) bukanlah pilihan sukarela sebaliknya satu langkah penting bagi melindungi jutaan pekerjaan rakyat Malaysia.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini 
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengekalkan kadar tarif import sebanyak 19 peratus, iaitu kadar terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.
"Tanpa ART, tarif berpotensi meningkat kepada 25 atau 40 peratus seperti yang dikenakan ke atas Myanmar dan Laos. Jika tarif dinaikkan, eksport Malaysia akan kurang berdaya saing berbanding negara lain yang tarif lebih rendah.
"Bila eksport rendah, pengeluaran kilang terpaksa dikurangkan dan akhirnya pekerjaan rakyat turut terjejas, dalam jangka masa panjang, kilang sedia ada ditutup dan pelabur memilih negara lain dengan tarif lebih rendah.
"Tetapi dengan ART, alhamdulillah kita dapat kekalkan dengan tarif 19 peratus yang merupakan terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS," katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli membangkitkan perjanjian AS dengan Kemboja lebih baik berbanding Malaysia-AS.
Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, terdapat beberapa aspek dalam perjanjian Kemboja-AS yang memberi kelebihan jauh berbeza berbanding dengan negara ini, termasuk dari segi klausa tindakan timbal balik.
Ujarnya, dari segi klausa berkenaan, perjanjian Malaysia-AS menyatakan tindakan timbal balik itu perlu dilaksanakan demi faktor kepentingan ekonomi bersama atau keselamatan negara.
Tengku Zafrul turut mengucapkan penghargaan terhadap pandangan yang dibangkitkan Rafizi berhubung perjanjian tersebut dan menjelaskan bahawa kebanyakan isu telah diambil kira sepanjang proses rundingan.
Beliau menjelaskan, perbandingan perjanjian ART Malaysia dengan Kemboja perlu dilihat dalam konteks tahap pembangunan masing-masing.
"Kemboja menerima layanan lebih baik kerana statusnya sebagai negara kurang maju. Sama seperti sistem pendidikan, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah diberi keutamaan tertentu.
"Maka, syarat yang dikenakan ke atas Malaysia dan Kemboja memang berbeza berdasarkan kemampuan negara," katanya.
Mengulas dakwaan bahawa ART boleh menjejaskan kedaulatan negara kerana ketiadaan frasa 'sovereignty' dalam Artikel 5.1, Tengku Zafrul menegaskan tafsiran tersebut tidak tepat.
Ujarnya, walaupun perkataan ‘sovereignty’ tidak disebut secara literal, namun kandungan artikel tersebut membuktikan kedaulatan Malaysia tetap terpelihara.
"Antara klausa yang mengekalkan kuasa Malaysia termasuk, langkah bersamaan kesan sekatan, Malaysia bebas memilih pendekatan sendiri.
"Selain itu, garis masa pelaksanaan perlu dipersetujui bersama, tiada paksaan automatik daripada AS dan tindakan hanya bagi ancaman ekonomi atau keselamatan bersama, perjanjian hanya berkuat kuasa jika ancaman melibatkan kepentingan bersama," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, dalam Artikel 5.2.3, beliau menjelaskan mekanisme menilai pelaburan masuk adalah langkah penting bagi melindungi keselamatan negara.
"Malaysia tidak boleh hanya menilai jumlah pelaburan semata-mata, tetapi juga sumber kewangan dan latar belakang pelabur. Kita tidak mahu dana haram atau individu terlibat dalam keganasan menembusi sistem ekonomi negara," katanya.
Beliau menegaskan AS tidak menentukan pelaburan mana yang diterima Malaysia, sebaliknya negara ini hanya digalakkan meneroka mekanisme saringan berdasarkan amalan terbaik antarabangsa serta pertimbangan keselamatan nasional.
Tengku Zafrul turut menjelaskan klausa berkaitan larangan pembelian reaktor nuklear, rod bahan api dan uranium yang hanya terpakai jika terdapat pembekal alternatif pada terma setara.
"Jika negara lain menawarkan harga lebih baik, Malaysia bebas membeli daripada mereka. Ia bukan larangan mutlak," katanya.
Tambah beliau, komitmen perolehan di bawah perjanjian ini tidak melibatkan dana kerajaan.
"Senarai perolehan yang disenaraikan ialah rancangan pembelian sedia ada oleh syarikat tempatan dan multinasional. Contohnya, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan lebih awal, sebelum tarif diumumkan oleh pentadbiran AS," katanya.
Ujar Tengku Zafrul, beliau mempunyai komitmen untuk terus memberi penerangan kepada rakyat agar kefahaman terhadap perjanjian ART dapat dipertingkatkan.
"Kami menghargai pandangan semua pihak termasuk Rafizi dan akan terus memperjelaskan setiap aspek agar rakyat memahami bahawa ART ini bertujuan menjaga kepentingan ekonomi dan pekerjaan rakyat Malaysia," jelas beliau. - Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
              
            
 
    
            
            
  Ringkasan AI
- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS adalah langkah penting untuk melindungi pekerjaan rakyat Malaysia dengan mengekalkan kadar tarif import sebanyak 19 peratus, terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.
 - Ketiadaan frasa 'sovereignty' dalam ART tidak menjejaskan kedaulatan negara kerana klausa dalam perjanjian tersebut mengekalkan kuasa Malaysia, termasuk kebebasan memilih pendekatan sendiri dan tindakan hanya bagi ancaman ekonomi atau keselamatan bersama.
 - Menteri Tengku Zafrul menegaskan mekanisme penilaian pelaburan masuk dalam ART adalah penting untuk melindungi keselamatan negara, dengan Malaysia diberi kebebasan menilai sumber kewangan dan latar belakang pelabur tanpa campur tangan AS.
 
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengekalkan kadar tarif import sebanyak 19 peratus, iaitu kadar terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.
"Tanpa ART, tarif berpotensi meningkat kepada 25 atau 40 peratus seperti yang dikenakan ke atas Myanmar dan Laos. Jika tarif dinaikkan, eksport Malaysia akan kurang berdaya saing berbanding negara lain yang tarif lebih rendah.
"Bila eksport rendah, pengeluaran kilang terpaksa dikurangkan dan akhirnya pekerjaan rakyat turut terjejas, dalam jangka masa panjang, kilang sedia ada ditutup dan pelabur memilih negara lain dengan tarif lebih rendah.
"Tetapi dengan ART, alhamdulillah kita dapat kekalkan dengan tarif 19 peratus yang merupakan terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS," katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli membangkitkan perjanjian AS dengan Kemboja lebih baik berbanding Malaysia-AS.
Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, terdapat beberapa aspek dalam perjanjian Kemboja-AS yang memberi kelebihan jauh berbeza berbanding dengan negara ini, termasuk dari segi klausa tindakan timbal balik.
Ujarnya, dari segi klausa berkenaan, perjanjian Malaysia-AS menyatakan tindakan timbal balik itu perlu dilaksanakan demi faktor kepentingan ekonomi bersama atau keselamatan negara.
Tengku Zafrul turut mengucapkan penghargaan terhadap pandangan yang dibangkitkan Rafizi berhubung perjanjian tersebut dan menjelaskan bahawa kebanyakan isu telah diambil kira sepanjang proses rundingan.
Beliau menjelaskan, perbandingan perjanjian ART Malaysia dengan Kemboja perlu dilihat dalam konteks tahap pembangunan masing-masing.
"Kemboja menerima layanan lebih baik kerana statusnya sebagai negara kurang maju. Sama seperti sistem pendidikan, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah diberi keutamaan tertentu.
"Maka, syarat yang dikenakan ke atas Malaysia dan Kemboja memang berbeza berdasarkan kemampuan negara," katanya.
Mengulas dakwaan bahawa ART boleh menjejaskan kedaulatan negara kerana ketiadaan frasa 'sovereignty' dalam Artikel 5.1, Tengku Zafrul menegaskan tafsiran tersebut tidak tepat.
Ujarnya, walaupun perkataan ‘sovereignty’ tidak disebut secara literal, namun kandungan artikel tersebut membuktikan kedaulatan Malaysia tetap terpelihara.
"Antara klausa yang mengekalkan kuasa Malaysia termasuk, langkah bersamaan kesan sekatan, Malaysia bebas memilih pendekatan sendiri.
"Selain itu, garis masa pelaksanaan perlu dipersetujui bersama, tiada paksaan automatik daripada AS dan tindakan hanya bagi ancaman ekonomi atau keselamatan bersama, perjanjian hanya berkuat kuasa jika ancaman melibatkan kepentingan bersama," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, dalam Artikel 5.2.3, beliau menjelaskan mekanisme menilai pelaburan masuk adalah langkah penting bagi melindungi keselamatan negara.
"Malaysia tidak boleh hanya menilai jumlah pelaburan semata-mata, tetapi juga sumber kewangan dan latar belakang pelabur. Kita tidak mahu dana haram atau individu terlibat dalam keganasan menembusi sistem ekonomi negara," katanya.
Beliau menegaskan AS tidak menentukan pelaburan mana yang diterima Malaysia, sebaliknya negara ini hanya digalakkan meneroka mekanisme saringan berdasarkan amalan terbaik antarabangsa serta pertimbangan keselamatan nasional.
Tengku Zafrul turut menjelaskan klausa berkaitan larangan pembelian reaktor nuklear, rod bahan api dan uranium yang hanya terpakai jika terdapat pembekal alternatif pada terma setara.
"Jika negara lain menawarkan harga lebih baik, Malaysia bebas membeli daripada mereka. Ia bukan larangan mutlak," katanya.
Tambah beliau, komitmen perolehan di bawah perjanjian ini tidak melibatkan dana kerajaan.
"Senarai perolehan yang disenaraikan ialah rancangan pembelian sedia ada oleh syarikat tempatan dan multinasional. Contohnya, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan lebih awal, sebelum tarif diumumkan oleh pentadbiran AS," katanya.
Ujar Tengku Zafrul, beliau mempunyai komitmen untuk terus memberi penerangan kepada rakyat agar kefahaman terhadap perjanjian ART dapat dipertingkatkan.
"Kami menghargai pandangan semua pihak termasuk Rafizi dan akan terus memperjelaskan setiap aspek agar rakyat memahami bahawa ART ini bertujuan menjaga kepentingan ekonomi dan pekerjaan rakyat Malaysia," jelas beliau. - Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS dianggap penting bagi melindungi pekerjaan rakyat Malaysia?
A: Perjanjian ART membolehkan Malaysia mengekalkan kadar tarif import sebanyak 19 peratus, terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS, untuk mencegah penurunan eksport yang boleh merosakkan sektor pekerjaan. - Q: Apakah perbezaan utama antara perjanjian AS dengan Kemboja berbanding Malaysia-AS yang dinyatakan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli?
A: Perjanjian Kemboja-AS memberi kelebihan yang berbeza, termasuk klausa tindakan timbal balik yang lebih menguntungkan, berbeza dengan klausa dalam perjanjian Malaysia-AS yang menekankan kepentingan ekonomi bersama atau keselamatan negara. - Q: Bagaimanakah Tengku Zafrul menjelaskan bahawa kedaulatan negara Malaysia tetap terpelihara dalam Perjanjian ART?
A: Walaupun frasa 'sovereignty' tidak disebut secara literal, Tengku Zafrul menegaskan bahawa ART mempunyai klausa yang mengekalkan kuasa Malaysia, termasuk kebebasan memilih pendekatan sendiri dan keputusan bersama dalam langkah bersamaan kesan sekatan. - Q: Mengapakah mekanisme menilai pelaburan masuk yang dijelaskan dalam Perjanjian ART adalah langkah penting bagi Malaysia?
A: Mekanisme ini penting untuk melindungi keselamatan negara dengan menilai tidak hanya jumlah pelaburan tetapi juga sumber kewangan dan latar belakang pelabur, bagi mengelakkan dana haram atau individu yang boleh menjejaskan sistem ekonomi negara. - Q: Adakah larangan pembelian reaktor nuklear, rod bahan api, dan uranium dalam Perjanjian ART adalah larangan mutlak?
A: Tengku Zafrul menjelaskan bahawa larangan ini hanya terpakai jika tiada pembekal alternatif pada terma setara; jika terdapat tawaran harga lebih baik dari negara lain, Malaysia masih dibenarkan membeli daripada mereka.