BISNES
Perjanjian ART Malaysia-AS sokong perdagangan stabil - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata ART dimeterai dengan Amerika Syarikat harus dilihat dalam konteks libat urus berprinsip lebih luas dengan rakan dagang utama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) merupakan mekanisme berdaulat berasaskan peraturan yang memperkukuh keupayaan Malaysia untuk mengekalkan hubungan komersil yang stabil dan boleh diramal dengan ekonomi utama, terutamanya ketika tindakan tarif unilateral menjadi kebiasaan.
Ringkasan AI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ART dimeterai dengan Amerika Syarikat harus dilihat dalam konteks libat urus berprinsip lebih luas dengan rakan dagang utama.
"Tiada apa-apa dalam ART mengatasi undang-undang Malaysia, menjejaskan kedaulatan negara, atau memaksa liberalisasi melangkaui hala tuju dasar yang kita pilih.
"Semua peruntukan adalah berasaskan undang-undang Malaysia, dengan garisan merah (had/batasan yang tidak boleh dikompromi) dilindungi. Kuncinya adalah untuk mendapatkan platform bagi libat urus berterusan, bertujuan menyelesaikan isu-isu yang menjadi perhatian bersama," katanya semasa ceramah mengenai 'Membina Kekuatan Serantau Melalui Dasar Fiskal dan Perdagangan yang Lebih Pintar', di sini hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) memperkukuh keupayaan Malaysia mengekalkan hubungan komersil stabil dengan ekonomi utama.
- Menteri Perdagangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menegaskan bahawa ART dengan Amerika Syarikat melibatkan libat urus berprinsip tanpa melanggar undang-undang atau kedaulatan negara.
- ART berasaskan undang-undang Malaysia dengan garis panduan yang jelas, membolehkan penyelesaian isu bersama secara berterusan.