awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB

Bernama
Bernama
29/06/2024
01:15 MYT
Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
DNB berkata ia kekal fokus dalam menyampaikan rangkaian 5G bertaraf dunia dan memacu penggunaan 5G di seluruh negara bagi merealisasikan aspirasi digital Malaysia.
KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) mengumumkan penyempurnaan perjanjian langganan saham (SSA) dengan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO).
Empat pengendali itu ialah CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd melalui YTL Power International Bhd, kata DNB dalam satu kenyataan semalam.
Ia berkata di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB, dengan setiap satu MNO berkenaan memegang kira-kira 16.3 peratus kepentingan.
"Kerajaan Malaysia yang diwakili Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MoF Inc.) mengekalkan kira-kira 34.9 peratus pegangan dan Saham Khas dalam DNB untuk tempoh yang ditetapkan.
"Ini berikutan pemenuhan syarat-syarat terdahulu di bawah SSA pada 20 Jun, 2024 bagi keempat-empat MNO itu untuk meningkatkan pegangan ekuiti mereka dalam DNB," katanya.
Bagi Telekom Malaysia Bhd (TM), tarikh yang mana syarat itu perlu dipenuhi ialah pada 21 Ogos, 2024.
DNB berkata dengan mengandaikan TM berjaya melengkapkan SSA, pegangan MoF Inc. akan berkurangan kepada 30 peratus, dengan MNO secara kolektif memegang 70 peratus pegangan dalam DNB.
Pada 1 Dis, tahun lepas, DNB dan MoF Inc. memeterai SSA dengan lima MNO, sekali gus membolehkan penyertaan MNO dalam DNB melalui pemilikan ekuiti.
DNB berkata ia kekal fokus dalam menyampaikan rangkaian 5G bertaraf dunia dan memacu penggunaan 5G di seluruh negara bagi merealisasikan aspirasi digital Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DNB
#perjanjian langganan saham
#syarikat telekomunikasi
#rangkaian 5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan