BISNES
Perjanjian pembelian pesawat AirAsia-Airbus sokong aspirasi Malaysia jadi hab penerbangan utama rantau Asia
AirAsia menandatangani perjanjian untuk membeli pesawat jarak jauh Airbus 321XLR bernilai US$12.25 bilion (RM51.72 bilion), dengan serahan disahkan pada 2028. - Gambar hiasan
PARIS: Pemeteraian perjanjian pembelian pesawat A321XLR antara AirAsia dan Airbus akan mengukuhkan lagi keupayaan operasi syarikat penerbangan itu bagi laluan jarak dekat dan sederhana.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perolehan ini bukan sahaja memperluas rangkaian penerbangan, malah menyokong aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab penerbangan utama di rantau Asia.
Anwar berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian itu di sini pada Jumaat.
AirAsia menandatangani perjanjian untuk membeli pesawat jarak jauh Airbus 321XLR bernilai US$12.25 bilion (RM51.72 bilion), dengan serahan disahkan pada 2028.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Airbus di Paris pada Jumaat untuk 50 buah A321XLR dengan hak untuk 20 buah A321XLR, kumpulan pesawat baharu yang disasarkan untuk beroperasi antara lain ke Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah.
Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara 3P Capital Adviser dan Ardian, syarikat pelaburan persendirian terkemuka dari Perancis dalam usaha meneroka peluang pelaburan dalam pasaran persendirian.
Inisiatif sektor swasta ini mampu membuka akses lebih luas kepada rakyat Malaysia terhadap pelaburan alternatif, kata beliau.
Dalam pertemuan bersama Imerys, syarikat pemproses mineral industri yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 25 tahun, Anwar berkata beliau dimaklumkan mengenai komitmen syarikat itu untuk memperluas operasi dan menyokong pembangunan sektor pembuatan bernilai tinggi dan mesra alam di negara ini.
Selain itu, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan Arkema, peneraju global dalam bidang kimia khas yang sedang menilai potensi pelaburan baharu di Malaysia.
Menurut beliau, syarikat itu berupaya mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi, mempercepat pemindahan teknologi dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama bioekonomi di rantau Asia.
Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia kini berada di ibu kota Perancis sempena lawatan rasmi selama dua hari ke negara itu.
-- BERNAMA