awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis bentang Bajet 2023 berjumlah RM293.36 juta

Bernama
Bernama
20/12/2022
03:52 MYT
Perlis bentang Bajet 2023 berjumlah RM293.36 juta
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata defisit bajet pada tahun depan dianggarkan pada 1.25 peratus atau RM68.18 juta.- Fail BERNAMA
KANGAR: Kerajaan Perlis hari ini membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM293.36 juta melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang dirangka bagi mencapai gagasan 'Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran'.
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata defisit pada tahun depan dianggarkan pada 1.25 peratus atau RM68.18 juta iaitu peningkatan sebanyak RM0.84 juta berbanding RM67.34 juta pada 2022.
Beliau mencadangkan sebanyak RM180.41 juta atau 61.50 peratus disediakan di bawah perbelanjaan mengurus dan RM112.95 juta atau 38.50 peratus pula di bawah perbelanjaan pembangunan.
"Secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus meningkat 2.17 peratus berbanding 2022. Sebanyak RM61.05 juta disediakan untuk bayaran emolumen kepada kakitangan awam, RM74.00 juta bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan.
"Sebanyak RM38.39 juta disediakan di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap dan sebanyak RM6.97 juta pula disediakan untuk tujuan aset serta lain-lain perbelanjaan," kata beliau ketika membentangkan Bajet 2023 pada Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN Perlis di sini hari ini.
Mohd Shukri yang juga Ahli DUN (ADUN) Sanglang berkata sejumlah RM112.95 juta disediakan bagi perbelanjaan pembangunan bagi 2023.
"Sebanyak RM73.89 juta disediakan untuk Projek Mitigasi Jangka Sederhana Sistem Bekalan Air Negeri Perlis dan pembinaan Istana Raja Muda Perlis, pembiayaan kedua-dua projek pembangunan ini adalah melalui pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata sebanyak RM34.71 juta disediakan di bawah pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) serta Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) untuk biodiversiti.
"Peruntukan tersebut akan diagihkan kepada enam agensi pelaksana utama bagi tujuan memenuhi keperluan pembangunan semua sektor, iaitu sebanyak RM86.37 juta kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR Perlis) sebanyak RM 14.70 juta, Jabatan Pertanian Negeri Perlis (RM3.09 juta), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis (RM0.88 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (RM5.63 juta) dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (RM2.28 juta)," katanya.
Sementara itu, Mohd Shukri berkata kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil bagi 2023 berjumlah RM112.23 juta iaitu meningkat sebanyak RM2.99 juta atau 2.74 peratus berbanding 2022.
"Penyumbang besar adalah terimaan bukan hasil sebanyak RM66.90 juta, kedua tertinggi ialah hasil bukan cukai sebanyak RM23.46 juta dan ketiga hasil cukai sebanyak RM 21.87 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bentang belanjawan
#bajet Perlis
#Bajet 2023
#Mohd Shukri Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan