Kerajaan persekutuan perlu mencari satu mekanisme bagi pengagihan hasil cukai pelancongan kepada semua negeri agar kutipan itu boleh digunakan bagi merancakkan lagi usaha promosi dan pemasaran industri pelancongan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata pelaksanaan kutipan cukai itu dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu melonjakkan lagi industri pelancongan.
"Saya berpandangan kutipan ini bukan satu beban kepada mana-mana pihak kerana sebelum ini, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi turut telah melaksanakan cukai sebegini.
Bagaimanapun, pengagihan hasil kutipan cukai ini perlulah adil mengikut bilangan hotel atau premis penginapan yang terdapat di negeri masing-masing, katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media di sini, semalam.
Setakat Februari lepas, Johor mempunyai 102 hotel bertaraf bintang yang mempunyai 10,971 bilik dengan 11 lagi hotel bertaraf antarabangsa sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2019.
Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan yang melihat antara lain membenarkan pelaksanaan kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.
Pelaksanaan cukai berkenaan akan dilaksanakan pada 1 Julai ini.
Sementara itu, Tee yakin penerbangan terus ke Johor akan meningkat ekoran beberapa destinasi baharu yang kini dalam perbincangan.
"Antara negara yang dalam perbincangan termasuk Korea Selatan, India dan Jepun. Kita jangka perbincangan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini," kata Tee.
Buat masa ini, terdapat 15 penerbangan terus ke Johor, yang mana tujuh dari luar negara manakala lapan lagi dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017
Tee berpandangan kutipan ini bukan satu beban kepada mana-mana pihak kerana sebelum ini, Melaka, Pulau Pinang dan Langkawi turut telah melaksanakan cukai sebegini. - Gambar fail
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaysia diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.
Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi
Rajah berpendapat, kerajaan dilihat tidak mempunyai strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan.