KUALA LUMPUR:Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (2.0), kerajaan terus menzahirkan komitmen untuk terus membantu meringankan beban rakyat yang terkesan menerusi bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pakej Bantuan Khas secara langsung, hari ini.
Berikut beberapa tumpuan dalam pengumuman Pakej Bantuan Khas tersebut:
1. Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI bernilai RM15 bilion.
2. Peruntukan tambahan RM1 bilion di bawah matlamat pertama memerangi wabak COVID-19. Ini merangkumi hampir RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan, dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi terlibat.
3. Pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan.
4. Bantuan 'one-off' RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.
5. Majikan beroperasi ketika PKP layak memohon Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO.
6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2. (Kategori 2 ini adalah untuk ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020).
7. Rebat elektrik. Semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam bagi tempoh enam bulan mulai Januari ini.
8. Enam sektor perniagaan juga akan menerima diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac.
9. Pelepasan cukai khas ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.
10. Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 30 Jun depan.
11. Peminjam kemudahan pelajaran MARA boleh memohon penjadualan semula atau moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.
12. Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) diawalkan kepada 21 Januari ini. Sejumlah 11.1 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM2.38 bilion ringgit
13. Peruntukan awal sebanyak RM200 juta disalurkan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.
14. Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta.
Hasimi Muhamad
Mon Jan 18 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, pakej PERMAI melibatkan peruntukan bernilai RM15 bilion. - Foto Astro AWANI

Vaksin COVID-19 | Perkembangan ketibaan vaksin COVID-19 di Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 untuk Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Vaksin COVID-19 | Program Imunisasi COVID-19 di Sabah
Syah Hairizal bersama Datuk Seri Masidi Manjun, Jurucakap COVID-19 Sabah yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bagi perinciannya.

Vaksin COVID-19 | Fasa pertama, Kumpulan terbaik untuk nilai kesan sampingan
Penerima fasa pertama adalah kumpulan terbaik untuk penilaian kesan sampingan ke atas vaksin sebelum memasuki kepada fasa berikutnya iaitu golongan rentan dan individu berusia 18 tahun selain menggunakan data dari negara luar. Ini kerana jelas Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, mereka mempunyai tahap pengetahuan serta peka dengan kesan sampingan yang dihadapi serta tahu bagaimana untuk melaporkan.

Menyusuri Kuasa Negeri dan Persekutuan pasca penghakiman Mahkamah Persekutuan
Penghakiman hari ini jika diteliti tidak langsung memberikan hak atau kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bebas mengamalkan ajaran seks songsang dalam mana-mana inci ruang negara kita.
![[TERKINI] Vaksin COVID-19 tiba di Sabah [TERKINI] Vaksin COVID-19 tiba di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892443/574697261614230572242_640x360.jpg)
[TERKINI] Vaksin COVID-19 tiba di Sabah

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus

Australia lulus undang-undang wajibkan Google, Facebook bayar kandungan berita
Undang-undang itu akan memastikan syarikat media diberi bayaran sewajarnya untuk kandungan yang mereka hasilkan.

AWANI Ringkas: Vaksin: Tindakan undang-undang jika sebar berita palsu | Penerima Pfizer tunjuk antibodi kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Politik | Menjelang persidangan Parlimen semasa darurat
Kita bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik bagi perinciannya.

Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Lebih 24 jam padam kebakaran kebun sawit
Bomba terpaksa mengambil masa lebih 12 jam untuk kerja pemadaman api di kebun kelapa sawit seluas hampir empat hektar berhampiran Saujana Permai, dekat Sungai Petani.

2.54 juta rakyat terima bayaran fasa pertama BPR bermula hari ini - Tengku Zafrul
Seramai 2.54 juta penerima akan menerima bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1.93 bilion bermula hari ini.

Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul
Ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.

PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.

Pendaftaran, kemas kini BPR dilanjutkan
Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Kerajaan luluskan tambahan 3,500 petugas kesihatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengambilan petugas tambahan itu bermula pada akhir Januari 2021.

Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.

Program Subsidi Upah tidak cukup? Ini jawapan Tengku Zafrul...
Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta lagi disalurkan bagi PSU 3.0, menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1.5 bilion.

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

PKP 2.0: RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP PERMAI
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan GKP adalah sebanyak RM800 juta berbanding RM650 juta.