BISNES

Permata Pulau Langkawi: Mercure Hotel Pantai Cenang, tawar ketenangan dan kemeriahan

Malekah Aisyah 26/09/2025 | 10:40 MYT
Danny (gambar) berkata, Mercure Hotel Pantai Cenang unik kerana gabungan identiti tempatan dengan sentuhan moden diinspirasikan keindahan pulau tropika, berteraskan budaya Malaysia. - Foto Mercure Hotel
LANGKAWI: Terletak di tengah-tengah destinasi paling ikonik di pulau legenda, Mercure Hotel Pantai Cenang tampil sebagai tarikan baharu untuk pelancong yang mahukan keseimbangan antara keselesaan moden dan keindahan tropika.


Ringkasan AI
  • Terletak di tengah-tengah destinasi paling ikonik di pulau legenda, Mercure Hotel Pantai Cenang tampil sebagai tarikan baharu untuk pelancong yang mahukan keseimbangan antara keselesaan moden dan keindahan tropika.
  • Berada di lokasi strategik Pantai Cenang, hotel bertaraf antarabangsa di bawah kelolaan Accor ini menjanjikan suasana tenang, jauh daripada hiruk-pikuk bandar.
  • Dengan hanya beberapa langkah dari pantai, pengunjung bukan sekadar dapat penginapan yang selesa, malah pengalaman bercuti yang autentik dengan memori pasti tidak dilupakan.


Berada di lokasi strategik Pantai Cenang, hotel bertaraf antarabangsa di bawah kelolaan Accor ini menjanjikan suasana tenang, jauh daripada hiruk-pikuk bandar.

Lobi utama Mercure Hotel Pantai Cenang bercirikan konsep moden kontemporari. - Foto Mercure Hotel


Dengan hanya beberapa langkah dari pantai, pengunjung bukan sekadar dapat penginapan yang selesa, malah pengalaman bercuti yang autentik dengan memori pasti tidak dilupakan.

“Apa yang menjadikannya unik ialah gabungan identiti tempatan dengan sentuhan moden.

“Daripada reka bentuk dalaman yang diinspirasikan oleh keindahan pulau tropika sehinggalah kepada layanan mesra berteraskan budaya Malaysia.

“Tambahan pula, kami bekerjasama dengan pengusaha tempatan untuk memperkenalkan pakej tarikan, aktiviti rekreasi, dan kulinari bagi memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada tetamu,” kata Danny JC Yeo, Pengurus besar Mercure Hotel Pantai Cenang, di sini.

Pantai Cenang menjadi destinasi sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati suasana tenang dengan pemandangan pantai yang cukup indah. - Foto Mercure Hotel


Pantai Cenang terkenal dengan pantai berpasir putih, restoran, hiburan malam dan deretan kedai cenderahati. Lokasi hotel ini memberikan akses mudah kepada semua tarikan utama, termasuk Underwater World Langkawi, Cenang Mall dan kedai bebas cukai, dengan hanya 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Mercure juga memastikan tetamu tetap menikmati privasi dengan suasana penginapan yang tenang menawarkan “dua dunia” dalam satu destinasi.

Mercure Hotel Pantai Cenang menampilkan 163 bilik dan suite, diinspirasikan suasana “Cast Away” yang menenangkan. Setiap bilik dilengkapi dengan TV LED 49-inci, Wi-Fi berkelajuan tinggi, minibar, peti keselamatan serta kemudahan membuat teh dan kopi.

Antara kemudahan lain yang ditawarkan ialah:
Untuk penggemar makanan, Rice Garden Restaurant menjadi pilihan dengan sajian tempatan dan antarabangsa sepanjang hari. Dari steak, mee rebus udang, salad hingga sate, semua juadah disediakan secara interaktif di dapur terbuka di tingkat tiga dengan pilihan tempat duduk menghadap laut atau kolam renang.

Selain pelancong santai, hotel ini turut memenuhi keperluan tetamu korporat dengan ballroom dan dua bilik mesyuarat eksekutif yang dilengkapi sistem audio visual terkini serta pencahayaan semula jadi dari tingkap tinggi. Pasukan bankuet turut tersedia untuk memastikan acara berlangsung lancar.

Mercure Hotel Pantai Cenang. - Foto Mercure Hotel


Sebagai sebahagian daripada rangkaian Accor, Mercure Pantai Cenang turut bekerjasama dengan pengusaha tempatan dalam memperkenalkan aktiviti rekreasi dan kulinari. Hotel ini juga menekankan kelestarian dengan mengamalkan operasi mesra alam, seiring usaha mempromosikan Langkawi ke pasaran global.

“Yang paling istimewa adalah sentuhan perkhidmatan peribadi, setiap tetamu dilayan dengan penuh perhatian agar mereka rasa seperti di rumah sendiri.

“Kami bekerjasama dengan komuniti dan agensi pelancongan, serta mengutamakan kelestarian, supaya pulau ini terus kekal sebagai destinasi pilihan dunia,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial rasmi Mercure Hotel Pantai Cenang yang tertera:

Instagram: Klik di sini
Facebook: Klik di sini
TikTok: Klik di sini



#Mercure Hotel #pantai cenang #Langkawi #Destinasi pelancongan #moden kontemporari #Accor