awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan, kapasiti kargo udara global turun pada Oktober 2022 - IATA

Bernama
Bernama
01/12/2022
01:20 MYT
Permintaan, kapasiti kargo udara global turun pada Oktober 2022 - IATA
Menurut data IATA, kuantiti kargo udara syarikat penerbangan Asia Pasifik turun sebanyak 14.7 peratus pada Oktober 2022 berbanding bulan yang sama pada 2021. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Permintaan kargo udara global turun 13.6 peratus tahun ke tahun kepada 21.1 bilion tan kargo setiap kilometer (CTK) pada Oktober 2022 susulan keadaan tidak menentu yang berterusan.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti menyusut 0.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, yang merupakan penurunan tahun ke tahun pertama dalam tan kargo setiap kilometer tersedia sejak April 2022.
"Bagaimanapun, kapasiti bulan ke bulan meningkat sebanyak 2.4 peratus sebagai persediaan bagi musim kemuncak akhir tahun.
"Kapasiti kargo antarabangsa berkembang 2.4 peratus berbanding Oktober 2021," kata persatuan itu dalam satu kenyataan semalam.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata kargo udara terus bertahan meskipun berdepan ketidaktentuan yang berterusan.
Permintaan kargo pada Oktober meskipun tidak dapat mengatasi prestasi pada Oktober 2021 menyaksikan peningkatan 3.5 peratus berbanding September.
"Ini membuktikan musim kemuncak tradisi penghujung tahun masih menjadi perangsang utama meskipun ketidaktentuan ekonomi," katanya.
Menurut data IATA, kuantiti kargo udara syarikat penerbangan Asia Pasifik turun sebanyak 14.7 peratus pada Oktober 2022 berbanding bulan yang sama pada 2021.
Syarikat penerbangan di rantau ini terus terkesan akibat daripada perang di Ukraine dan aktiviti pembuatan dan perdagangan yang rendah berikutan sekatan berkaitan COVID-19 di China.
IATA juga berkata tempahan eksport baharu, petunjuk utama permintaan kargo merosot di semua pasaran kecuali China dan Korea Selatan yang mencatatkan peningkatan sedikit pada Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#kargo udara
#Willie Walsh
#syarikat penerbangan Asia Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan