KUALA LUMPUR: Perjalanan udara meneruskan momentum pemulihannya pada Oktober 2022 dengan jumlah trafik untuk tempoh tersebut, seperti yang diukur melalui hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 44.6 peratus berbanding Oktober 2021.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata secara global, trafik kini berada pada 74.2 peratus daripada paras Oktober 2019.
IATA berkata trafik domestik bagi Oktober 2022 merosot 0.8 peratus berbanding tempoh tahun lalu apabila sekatan perjalanan yang ketat disebabkan COVID di China telah memperlahankan angka global.
"Jumlah trafik domestik Oktober 2022 berada pada 77.9 peratus daripada paras Oktober 2019, (manakala) tempahan untuk trafik domestik kekal pada sekitar 70 peratus daripada paras prapandemik," katanya.
IATA berkata trafik antarabangsa meningkat 102.4 peratus berbanding Oktober 2021.
RPK antarabangsa pada Oktober 2022 mencapai 72.1 peratus daripada paras Oktober 2019 dengan semua pasaran mencatat pertumbuhan kukuh, diterajui oleh Asia Pasifik, kata persatuan itu.
Tempahan untuk perjalanan antarabangsa pula meningkat kepada kira-kira 75 peratus daripada tahap prapandemik, berikutan pembukaan semula sempadan yang diumumkan oleh negara-negara di Asia.
"Secara tradisinya, menjelang Oktober, kita memasuki perjalanan musim luruh yang lebih perlahan di hemisfera utara, oleh itu sangat meyakinkan untuk melihat permintaan dan tempahan terus kukuh.
"Ia memberi petanda baik untuk musim sejuk yang akan datang dan pemulihan yang berterusan," kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh.
Sementara itu, syarikat penerbangan Asia Pasifik mengalami peningkatan trafik sebanyak 440.4 peratus pada Oktober berbanding Oktober 2021, secara mudahnya mencatat kadar tahun ke tahun yang paling kukuh dalam kalangan rantau itu, kata kenyataan tersebut.
Ia juga berkata kapasiti untuk rantau itu meningkat 165.6 peratus dan faktor beban meningkat 39.5 mata peratusan kepada 77.7 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022
IATA berkata secara global, trafik kini berada pada 74.2 peratus daripada paras Oktober 2019. - Foto fail
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Industri syarikat penerbangan akan pertingkat keuntungan pada 2025 - IATA
Jumlah pendapatan industri pula dijangka mencecah AS$1.01 trilion (RM4.46 trilion), peningkatan 4.4 peratus berbanding 2024.
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.
Pelan hala tuju IATA papar kemungkinan peralihan tenaga menjelang 2050
Pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonan menjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik catat peningkatan kargo udara 17.6 peratus
Permintaan yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer di laluan perdagangan dalam lingkungan Asia meningkat 19.8 peratus tahun ke tahun.
Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti, diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun.