BISNES
Permintaan sektor penjagaan kesihatan diunjur meningkat bagi jangka panjang
Kapasiti Malaysia dengan nisbah dua katil hospital bagi setiap 1,000 penduduk berbanding purata 2.5 di negara maju, juga menunjukkan wujudnya ruang bagi pengembangan organik dalam beberapa tahun akan datang.- Gambar DagangNews
KUALA LUMPUR: Sektor penjagaan kesihatan Malaysia diunjur mencatat pertumbuhan dari segi permintaan untuk tempoh jangka panjang, disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) selain faktor demografi yang menua.
CIMB Securities Sdn Bhd berkata, kapasiti Malaysia dengan nisbah dua katil hospital bagi setiap 1,000 penduduk berbanding purata 2.5 di negara maju, juga menunjukkan wujudnya ruang bagi pengembangan organik dalam beberapa tahun akan datang.
Dalam nota penyelidikannya, firma itu berkata, IHH Healthcare kekal menjadi pilihan sektor itu dengan saranan "Beli" dan harga sasaran RM8.50.
"Keadaan itu disokong oleh asas aset IHH yang pelbagai dan memberi perlindungan terhadap cabaran landskap pengawalseliaan Malaysia yang kurang memberangsangkan," katanya.
Setakat 9.56 pagi ini, saham-saham IHH tidak berubah pada harga RM7.45 dengan sejumlah 264,900 saham saling berpindah tangan.
-- BERNAMA