awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/11/2024
06:00 MYT
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Anwar memuji Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia atas usaha berterusan dalam memastikan pasaran modal berkembang maju. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ringkasan AI
  • Peningkatan Modal Pasaran Ekuiti: Modal pasaran ekuiti Malaysia meningkat melebihi RM2 trilion pada tahun ini, menunjukkan pemulihan ekonomi negara.
  • Puji Usaha SC dan Bursa Malaysia: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia atas usaha mereka dalam memastikan pasaran modal menarik dan berkembang.
  • Rangka Kerja Kawal Selia Teguh: Anwar menekankan kepentingan rangka kerja kawal selia yang teguh untuk mengekalkan pasaran yang adil dan teratur, serta menyokong evolusi dan dinamisme pasaran modal.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut memuji Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia atas usaha berterusan mereka dalam memastikan pasaran modal berkembang maju dan kekal menarik kepada pelabur.
"Teras untuk mengekalkan keyakinan ini ialah rangka kerja kawal selia yang teguh yang mengekalkan pasaran yang adil dan teratur, dengan pelbagai peluang pengumpulan dana dan pelaburan merentas ekuiti, derivatif, bon dan sukuk.
"Dalam evolusi dan usaha berterusan untuk mencapai pasaran modal yang dinamik, penting untuk menyedari bahawa kalangan peneraju pasaran modal berperanan penting dalam membentuk hala tuju perniagaan dan masyarakat," katanya dalam ucapan khas di Perhimpunan Agung dan Mesyuarat Tahunan Persekutuan Bursa Dunia (WFE) ke-63 di sini, pada Rabu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi WFE, Loh Boon Chye.
WFE ialah persatuan industri global untuk bursa dan firma penjelasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#permodalan pasaran ekuiti
#Anwar Ibrahim
#Bursa Malaysia
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan