TEMERLOH: Permohonan bagi Program Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Peniaga Kecil yang keseluruhannya melibatkan peruntukan RM48.52 juta telah dibuka mulai semalam, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata mereka yang berminat boleh memohon di Bank Rakyat dengan satu daripada syarat yang dipermudahkan ialah mengetepikan proses agensi pelaporan kredit CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sebagai usaha membantu pihak terlibat membangunkan semula perniagaan sedia ada.
"Pembiayaan ini tidak mempunyai bayaran faedah dan diberikan moratorium selama setahun dengan perniagaan tidak formal boleh meminjam RM10,000 manakala bagi perniagaan mikro mereka boleh meminjam sehingga RM50,000.
"Permohonan juga akan cuba diluluskan dalam tempoh cepat dan jika boleh, kita akan menetapkan seminggu sebagai tempoh proses," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Nazri Ngah serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Pada 3 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2021 mengumumkan peruntukan RM48.52 juta bagi program tersebut sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan tersebut.
Pembiayaan yang dimohon itu, menurut Perdana Menteri boleh digunakan bagi tujuan pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan lain-lain.
Mengulas mengenai BBKM, Noh berkata kementeriannya menerusi TEKUN Nasional telah menyalurkan geran bernilai RM10.2 juta di Pahang kepada 3,400 usahawan terdiri daripada peniaga tidak formal dan mikro yang terkesan banjir.
Setiap mereka menerima bantuan berjumlah RM3,000 secara 'one-off' atau sekali sahaja yang tidak perlu dibayar balik.
Secara keseluruhan, Noh berkata seramai 16,666 usahawan terjejas banjir menerima bantuan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM50 juta.
Beliau berkata setakat ini, 16,058 permohonan telah diterima di seluruh negara dengan 9,688 permohonan telah diluluskan manakala 6,370 permohonan masih dalam proses penilaian dengan majoritinya melibatkan permohonan di Terengganu dan Kelantan yang akan diagih dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Noh berkata, mereka yang berminat boleh memohon di Bank Rakyat dengan satu daripada syarat yang dipermudahkan ialah mengetepikan proses agensi pelaporan kredit CTOS dan CCRIS. - Gambar/ Bernama
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.