awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua perlu teroka peluang hasilkan kenderaan elektrik - Perdana Menteri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
20/07/2022
04:26 MYT
Perodua perlu teroka peluang hasilkan kenderaan elektrik - Perdana Menteri
Ismail Sabri berucap pada majlis pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) perlu meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi bagi kegunaan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, syarikat automotif itu perlu mengambil peluang susulan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang berusaha meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga bersih dan menyediakan lebih banyak stesen pengecas kenderaan elektronik.
Tambah beliau, kedua-dua syarikat tersebut boleh bekerjasama dan kemudian memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggan Keluarga Malaysia.
“Malah, syarikat telekomunikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian.
“Kerjasama pintar seperti ini perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia. Malah, perjanjian seperti ini dapat menjamin kelestarian dan pembangunan negara yang mampan.
“Kerajaan pula sedia berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan dasar atau inisiatif yang diperkenalkan bersesuaian dengan hala tuju negara,” katanya ketika berucap semasa majlis pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Presiden Daihatsu Motor Co Soichiro Okudaira.
Perodua Alza serba baharu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insuran).
Model terbaharu itu dibangunkan bersama di bawah Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co. Jepun.
Perodua Alza serba baharu juga adalah model kedua dibangunkan di bawah DNGA selepas Perodua Ativa, yang diperkenalkan pada Mac 2021.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap syarikat besar di Malaysia boleh terus menjalinkan kerjasama berikutan negara kini berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global seperti krisis geopolitik dan perubahan iklim.
“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi menghadapi cabaran tersebut, namun usaha ini tidak boleh dilakukan secara sendirian tanpa kerjasama dengan pihak swasta bagi mengukuhkan lagi ekonomi negara.
“Justeru, saya ingin menyeru agar syarikat-syarikat besar negara untuk saling bekerjasama dalam mencapai lebih banyak kejayaan untuk dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia.
“Kerjasama seperti ini dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada 2050, sepertimana yang dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perodua
#Alza baharu
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan