ISKANDAR PUTERI: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan jualan sebanyak 240,000 unit kenderaan pada tahun 2022, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Beliau berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus atau 40,000 unit kenderaan berbanding sasaran jualan pada tahun ini.
Menurutnya, sasaran itu disokong oleh jangkaan bahawa 2022 akan menjadi tahun pemulihan daripada pandemik COVID-19 sekali gus memberi kestabilan kepada pasaran.
"Kita jangkakan permintaan meningkat dalam tempoh enam bulan pertama tahun hadapan kerana orang ramai mahu mendapat manfaat daripada insentif pengecualian cukai jualan oleh kerajaan manakala jualan pada separuh kedua dijangka sedikit perlahan.
"Perodua juga dalam perancangan untuk melancarkan model baharu Perodua Alza pada tahun hadapan memandangkan model sedia ada akan ditamatkan pengeluaran pada Januari," katanya pada sidang media selepas program Media Myvi Warrior, di sini ,hari ini.
Zainal Abidin berkata pihaknya menjangkakan pembelian komponen auto akan kembali pulih kepada sekitar RM6.5 bilion pada tahun depan.
Menurutnya, Perodua menyasarkan jualan sekurang-kurangnya 30,000 unit kenderaan pada Disember bagi memastikan sasaran 200,000 jualan kenderaan pada tahun ini tercapai.
"Setakat November, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 167,250 unit, iaitu pengurangan sebanyak 14.2 peratus berbanding 194,980 unit dalam tempoh sama tahun lepas," katanya.
Mengulas mengenai Perodua Myvi baharu yang dilancarkan pada 18 November lepas, Zainal Abidin berkata syarikat itu telah menerima 14,600 tempahan setakat 2 Disember.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 7,189 unit melibatkan tempahan daripada pembeli yang beralih daripada varian sebelumnya," katanya.
Myvi Baharu hadir dalam lima varian iaitu 1.5 liter AV (Advance), 1.5 liter H, 1.5 liter X , 1.3 liter G dan 1.3L G (Basic) dengan harga bermula daripada RM45,700 hingga RM58,800 tanpa insuran dan tidak termasuk Cukai Jualan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

Perodua) menyasarkan jualan sebanyak 240,000 unit kenderaan pada tahun 2022. -Gambar fail

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Padah aksi 'zig-zag', himpit kereta polis
Suspek kemudian memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah rumah di Felda Bukit Bading, Ajil dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditangkap.

Enam cedera, kereta dipandu warga emas rempuh kedai tomyam
Enam pelanggan sebuah restoran termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh masuk premis makanan berkenaan.

Tragedi menjelang Aidilfitri: Dua beranak maut di Putrajaya
Seorang wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun maut apabila kereta jenis perodua Myvi dinaiki mereka, terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra di sini, hari ini.

Pemandu Viva bawa kanak-kanak secara berbahaya dikesan
Pihak polis sedang mengesan pemandu terbabit untuk dirakam keterangan.

Video tular tarik anjing: Polis rakam kenyataan pemilik
Polis berkata kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Skudai, kira-kira pukul 2 petang, Jumaat lepas.

Pemandu maut, dua penumpang cedera kemalangan dengan lori
Seorang pemandu maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tengah hari tadi.

Dua maut, dua cedera Toyota Hilux bertembung Kancil
Dua lelaki maut apabila kenderaan Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan Toyota Hilux di Jalan Felda Chini Timur, Pekan kira-kira pukul 3.10 petang hari ini.

Suami isteri maut motosikal dirempuh SUV
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dipercayai dilanggar daripada arah belakang.

Jiran bantu alih kereta guna jengkaut, selamatkan rumah daripada hangus
Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong
Pemandu Perodua Kancil terbabit yang berusia 66 tahun luka pada bahagian hidung.