awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua sasar jual 6,000 kereta Myvi baharu

Bernama
Bernama
08/11/2017
07:12 MYT
Perodua sasar jual 6,000 kereta Myvi baharu
Model Myvi baharu didatangkan dengan lima varian; 1.3 Standard (TM), 1.3 standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT), dan 1.5 Advance (AT).
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk menjual sebanyak 6,000 buah Myvi baharu dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran esok.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu itu menawarkan harga yang berpatutan dan tampil dengan warna yang mampu menarik perhatian pengguna.
"Ia berharga daripada RM44,300 sehingga RM55,300. Kami menjangka versi dengan warna-warna baharu seperti glittering silver, lava red, mystical purple dan peppermint greeen akan mewujudkan permintaan yang lebih tinggi daripada pengguna," katanya kepada pemberita selepas majlis pratonton tidak rasmi model baharu itu di sini hari ini.
Kereta Myvi baharu ini menampilkan Eco Idle di mana enjin akan ditutup secara automatik apabila kereta dihentikan dan dihidupkan kembali selepas pedal brek dilepaskan.
"Dengan aerodinamik yang lebih baik, angka penjimatan bahan api akan berada pada 20.1 km/l untuk 1.5 AT," katanya.
Model ini didatangkan dengan lima varian; 1.3 Standard (TM), 1.3 standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT), dan 1.5 Advance (AT).
Katanya, orang ramai boleh menyaksikan model tersebut di Malaysia Autoshow, Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang mulai esok sehingga 12 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminar Rashid Salleh
#Eco Idle
#Malaysia
#Malaysia Autoshow
#model baharu
#Myvi
#Perodua
#perusahaan otomobil kedua sdn bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan