awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan intai Proton diguna sebagai teksi di Chile

Bernama
Bernama
12/09/2016
00:00 MYT
Persatuan intai Proton diguna sebagai teksi di Chile
Proton dilancarkan di Chile pada Mei 2016, dan model Preve adalah antara yang pertama dieksport ke Chile. - Gambar fail
Kedutaan Malaysia di Santiago, Chile telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Teksi Chile (Confenatach) bagi membincangkan selanjutnya permintaan persatuan itu mendapatkan kereta Proton Saga untuk digunakan sebagai teksi di negara Amerika Selatan itu.
Persatuan itu adalah badan induk yang memayungi kira-kira 100,000 pemandu teksi.
"Mesyuarat pada Khamis itu adalah inisiatif kedutaan dengan sokongan Proton Malaysia bagi menembusi lebih jauh pasaran Chile dan juga negara-negara lain Amerika Latin," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan.
Rundingan itu diketuai Duta Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dan presiden Confenatach Luis Reyes Castro.
"Presiden persatuan itu optimistik dan positif akan wujud kolaborasi dan kerjasama antara Persatuan Teksi Chile dan Proton dengan bantuan kedutaan," kata kenyataan itu.
Proton dilancarkan di Chile pada Mei 2016, dan model Preve adalah antara yang pertama dieksport ke Chile.
"Adalah dijangkakan dengan tempo ini, perangkaan dagang antara Malaysia dan Chile boleh dipertingkatkan lagi," kata kenyataan itu dan menambah perdagangan bilateral bernilai AS$146.9 juta direkodkan dalam tempoh Januari-Julai 2016.
Pada masa ini, model kereta yang digunakan sebagai teksi di Chile ialah Hyundai, Citroen, Toyota dan Nissan.
Topic Berkaitan
#Chile
#Confenatach
#model Proron Saga
#persatuan teksi
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan