Skip to main content

Bisnes

Persidangan perbankan Islam Dunia ke-4 di Singapura

61365010284_120x90.jpg
Lebih 480 peserta industri dan pemain dalam industri kewangan islam antarabangsa akan berkumpul mulai 3 hingga 5 jun di Singapura untuk Persidangan Perbankan Islam Dunia tahunan ke-4.

Sidang tersebut bertemakan ‘Menghubungkan dunia kewangan islam: mendorong perkaitan antarabangsa dan peluang merentas sempadan’.

Ia dianjurkan dengan sokongan rasmi pihak berkuasa monetari Singapura, akan menjadi wadah perbincangan tentang pengukuhan perkaitan antarabangsa dan memanfaatkan peluang merentas sempadan.

Ini dijangka  akan mendorong pertumbuhan lanjut dalam industri kewangan islam asia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WIBC Asia, David Mclean, Industri Kewangan Islam Global telah sepanjang dekad lepas berubah menjadi perkhidmatan kewangan yang pesat membangun dan berdaya saing untuk pelanggan antara bangsa yang kian bertambah.

Advertisement

Must Watch Video