KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berada pada tahap tinggi sebanyak 5.0 peratus, didorong oleh beberapa inisiatif kerajaan selain sejajar dengan trajektori pertumbuhan negara ASEAN yang lain, kata Pengurusan Pelaburan Manulife (Manulife IM) hari ini.
Pengurus Kanan Portfolio Ekuiti, Marco Giubin berkata bagaimanapun, ia masih akan bergantung pada kadar inflasi untuk tahun ini.
"Kami tidak menjangka Malaysia, khususnya, akan mengurangkan kadar tahun ini. Kami berpendapat KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia) akan berada dalam jajaran pertumbuhan 5.0 peratus yang tinggi... pada 5.8 peratus. Kami perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku tahun depan," katanya semasa sesi soal jawab semasa taklimat media maya mengenai prospek pasaran serantau bagi pertengahan 2024 semalam.
Pada penghujung Jun lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata inisiatif untuk merasionalisasikan subsidi bahan api dijangka memberi kesan kepada kadar inflasi negara tetapi pelaksanaan melalui strategi yang dirumus dengan baik, ditambah dengan bantuan tunai bersasar, akan membantu mengurangkan impak ini.
Beliau menjelaskan kerajaan terus memberi subsidi dan menetapkan harga diesel pada RM2.15 seliter untuk 23 jenis kenderaan logistik di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, sambil mengekalkan harga diesel pada RM1.88 bagi bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan jentera bomba.
Kadar inflasi Malaysia menokok kepada 2.0 peratus pada Mei berbanding kenaikan 1.8 peratus pada April, didorong oleh peningkatan harga dalam kumpulan utama yang merangkumi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain sebanyak 3.2 peratus serta tambahan 3.2 peratus lagi dalam perkhidmatan restoran dan penginapan.
Walaupun inflasi masih terkawal di Asia, cabaran yang berterusan daripada kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi telah mengekang penggunaan dan pelaburan dalam ekonomi Asia.
Giubin berkata cabaran yang semakin mengendur, digabungkan dengan trend semakan pendapatan Asia yang semakin mantap, tidak termasuk Jepun dan penilaian yang menarik boleh memangkinkan potensi penarafan semula dalam ekuiti Asia.
"Pada penilaian kami, dalam ASEAN, kami lebih fokus ke arah Filipina dan kami fikir Filipina akan menjadi salah satu penerima manfaat terbesar jika terdapat pemotongan kadar," tambahnya.
Pasaran Indonesia dan Thailand turut menarik minat Manulife IM.
"Indonesia sentiasa menjadi tumpuan kami dalam pasaran ASEAN. Dalam jangka pendek, saya fikir kami perlu memerhatikan Indonesia, pada beberapa trajektori pendapatan.
"Perlu ada pendekatan tunggu dan lihat untuk menyaksikan bagaimana peralihan berlaku daripada kerajaan sebelum ini kepada (Presiden dipilih) Prabowo Subianto dan melihat bagaimana ia akan berlaku tetapi saya rasa akhirnya Indonesia tetap berpotensi menjadi pasaran yang menarik," katanya lagi.
Sementara itu, hasil daripada kitaran pengetatan yang agresif pada 2023, Manulife IM kini menjangkakan peralihan penting dalam landskap ekonomi global dengan menjelaskan bahawa kadar faedah AS berkemungkinan memuncak dan menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menyertai kitaran pelonggaran global pada penghujung tahun ini.
Ketua Peruntukan Aset, Luke Browne berkata ekonomi seperti Eropah, Jepun dan China telah menunjukkan tanda-tanda penstabilan serta peningkatan, dengan penggubal dasar terpaksa campur tangan bagi menyokong sektor bermasalah seperti pasaran hartanah di China.
"Kecepatan disinflasi global, khususnya di AS, akan menjadi tumpuan kami untuk baki tahun ini. Sejak beberapa bulan lepas, bank-bank pusat di negara maju seperti Switzerland, Kanada dan baru-baru ini Bank Pusat Eropah telah mengurangkan kadar.
"Bagaimanapun, Fed AS lebih berhati-hati kerana faktor inflasi yang berterusan seperti insurans kereta dan kos perlindungan, telah menyebabkan disinflasi berkembang secara tidak sekata," katanya.
Browne berkata memandang ke hadapan, Manulife IM percaya faktor-faktor penyebab inflasi yang bersifat sementara ini akan menstabil, membolehkan Fed mengurangkan kadar faedah menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Kadar inflasi Malaysia menokok kepada 2.0 peratus pada Mei berbanding kenaikan 1.8 peratus pada April, didorong oleh peningkatan harga dalam kumpulan utama. - Gambar hiasan
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Anwar berkata, kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil, catat pertumbuhan pada 2025
Malaysia mempunyai prospek yang stabil, dengan ekonominya mendapat manfaat daripada pelaburan berterusan dalam pusat data dan pembuatan.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport - Tengku Zafrul
Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Pelaburan domestik kukuh, sumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik.
Tatakelola baik, dasar jelas pacu pertumbuhan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Dengan semangat melaksanakan perubahan dan ikhlas berkhidmat, Malaysia berpotensi menjadi antara negara hebat di dunia.