Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2019 mapan dipacu peningkatan pengeluaran perindustrian tempatan yang kukuh pada Mei, serta pertumbuhan eksport dan permintaan domestik berterusan, menurut Kementerian Kewangan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pertumbuhan pengeluaran perindustrian mengatasi jangkaan pasaran untuk kali ketiga berturut-turut dengan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada Mei meningkat empat peratus berbanding bulan sama 2018.
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, IPP berkembang sebanyak 3.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada Sabtu.
"Ini berbeza dengan trend pengeluaran perindustrian di ekonomi (negara) ASEAN lain yang sedang menguncup pada bulan yang sama. Di Filipina, Singapura dan Thailand, pengeluaran perindustrian mereka masing-masing jatuh 2.1 peratus, 2.4 peratus dan empat peratus tahun ke tahun,' katanya.
Lim berkata tambahan pula ekonomi Singapura bagi suku kedua tahun ini hanya berkembang 0.1 peratus tahun ke tahun, dan ini bersamaan dengan penguncupan 3.4 peratus suku ke suku.
Ahli ekonomi HSBC Joseph Incalcaterra menyatakan bahawa perangkaan terbaru dari Singapura merupakan penunjuk awal kelembapan pertumbuhan ekonomi di rantau ini akibat perang perdagangan antaraChina dan Amerika Syarikat yang berlanjutan, katanya.
Sebagai persediaan untuk 2020, Lim berkata Malaysia sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, terikat dalam rantaian pembekalan global.
"Kerajaan sedar akan risiko yang ditanggung Malaysia yang berpunca daripada kelembapan ekonomi dunia, terutama apabila beberapa rakan dagang utama Malaysia mengalami pertumbuhan perlahan. Kerajaan akan mengambil kira segala senario dan risiko berkaitan dengan perang perdagangan dalam menyediakan Belanjawan 2020," katanya.
Selain itu, Lim berkata kerajaan sedang menjalankan usaha mesra perniagaan untuk mendapatkan manfaat daripada perubahan rantaian pembekalan global, di samping meneruskan usaha pembaharuan institusi.
Beliau berkata data Jabatan Perangkaan Malaysia turut menunjukkan kadar pengangguran pada Mei tahun ini turun kepada 3.3 peratus daripada 3.4 peratus pada April, manakala jumlah penggangur pada Mei berkurangan kepada 519,800 orang daripada 523,300 orang pada April.
Berdasarkan pengembangan eksport dan pengeluaran perindustrian, ekonomi negara adalah kukuh di samping mengatasi cabaran luaran.
"Malaysia sedang menerima manfaat daripada perang perdagangan menerusi peralihan perniagaan serta fenomena lencongan perdagangan dan pelaburan. Pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan untuk semua sektor pada suku pertama 2019 meningkat 73.4 peratus kepada RM29.3 bilion berbanding RM16.9 bilion setahun lalu.
"Peningkatan ini didorong kenaikan FDI yang diluluskan bagi sektor pembuatan sebanyak 127 peratus kepada RM20.2 bilion daripada RM8.9 bilion setahun lalu," katanya.
Selain perangkaan perindustrian dan perdagangan, Lim berkata terdapat beberapa penunjuk positif lain yang menggambarkan aliran ekonomi negara adalah memberangsangkan.
Ia termasuk kadar inflasi pada Mei 2019 kekal rendah dan stabil pada 0.2 peratus, sementara jualan kenderaan juga menunjukkan kekukuhan pertumbuhan permintaan domestik dengan jumlah jualan pada Mei melonjak 41 peratus kepada 60,780 unit berbanding 42,977 unit setahun lalu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2019
Lim berkata tambahan pula ekonomi Singapura bagi suku kedua tahun ini hanya berkembang 0.1 peratus tahun ke tahun, dan ini bersamaan dengan penguncupan 3.4 peratus suku ke suku. - Gambar fail
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.
Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim
Hassan Karim mencadangkan supaya cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat besar dinaikkan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 24 peratus kepada 27 peratus.
Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP cecah RM10.78 bilion - MOF
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian Kewangan teliti pemohonan bayar balik ICPT kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah
Kementerian itu juga sedang menimbang pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada kerajaan yang dianggarkan sekitar RM65 juta.
RM12.8 bilion wang tidak dituntut setakat 31 Okt
Sejumlah RM17 bilion wang tidak dituntut diserahkan syarikat dan firma kepada Jabatan Akauntan Negara dengan RM4.2 bilion daripada jumlah itu telah dituntut empunya yang berhak setakat 31 Okt lepas.