Pertumbuhan KDNK 2025 berpotensi capai paras lebih tinggi - PM Anwar

Anwar berkata ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 berpotensi mencapai paras yang lebih tinggi, disokong prestasi ekonomi yang baik tahun ini.
Ringkasan AI
- KDNK Malaysia berpotensi mencapai paras lebih tinggi pada 2025 disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini, menurut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan 4.4 peratus pada suku pertama 2025 dan dijangka meningkat kepada 5.2 peratus pada suku ketiga, dengan trend perdagangan yang positif meningkat sebanyak 4.4 peratus hingga RM2.24 trilion pada Januari hingga September tahun ini.
- Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025, menempatkannya pada kedudukan ke-23, mencerminkan peningkatan daya saing negara sejak tahun 2020.
Anwar menjawab soalan Aminolhuda bin Hassan (PH-Sri Gading) mengenai keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI selepas tempoh 18 hingga 24 bulan serta usaha pengukuhan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan dasar tersebut benar-benar mencapai matlamatnya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selain itu, trend perdagangan terus positif dengan jumlah dagangan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini meningkat 4.4 peratus kepada kira-kira RM2.24 trilion.
"Ini (dicapai) dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu terutama akibat pengenaan tarif oleh (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump, sebaliknya masih meningkat kepada kira-kira RM2.24 trillion," kata beliau.
Beliau berkata daya saing negara juga terus meningkat berdasarkan Indeks Daya Saing Dunia 2025 apabila Malaysia melonjak 11 anak tangga dan menjadi pencapaian terbaik sejak 2020.
Malaysia berada pada kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Bagaimanakah perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 berdasarkan pernyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim? A: Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi separuh pertama 2025 mencatatkan 4.4 peratus dan dijangka mencapai 5.2 peratus pada suku ketiga, dengan potensi mencapai paras lebih tinggi daripada kadar yang diunjurkan.
- Q: Apakah faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada tahun ini? A: Trend perdagangan yang positif dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 4.4 peratus kepada RM2.24 trilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang baik.
- Q: Bagaimanakah Malaysia berprestasi dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025? A: Berdasarkan Indeks Daya Saing Dunia 2025, Malaysia melonjak 11 anak tangga dan menempati kedudukan ke-23, mencatatkan pencapaian terbaik sejak tahun 2020, menunjukkan peningkatan dalam daya saing negara.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

