awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan kredit sektor swasta bukan kewangan naik 5.2 peratus pada November

Bernama
Bernama
31/12/2024
09:55 MYT
Pertumbuhan kredit sektor swasta bukan kewangan naik 5.2 peratus pada November
Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pertumbuhan dalam pinjaman perniagaan kekal pada 5.4 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.2 peratus berbanding 5.1 peratus pda Oktober 2024, didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam bon korporat (3.8 peratus; Oktober 2024: 2.6 peratus), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pertumbuhan dalam pinjaman perniagaan kekal pada 5.4 peratus.
"Pertumbuhan pinjaman bagi pinjaman berkaitan pelaburan terus menggalakkan, khususnya dalam kalangan peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada 9.4 peratus; (Oktober 2024: 9.2 peratus)," kata bank pusat itu.
Sementara itu, pinjaman bagi tujuan modal kerja menurun kepada 3.5 peratus berbanding 3.8 peratus pada Oktober 2024.
BNM berkata pertumbuhan pinjaman isi rumah dikekalkan pada 6.0 peratus (Oktober2024: 6.1 peratus).
Sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat nisbah perlindungan mudah tunai sebanyak 147.9 peratus (Oktober 2024: 146.8 peratus).
Agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya stabil pada 83.6 peratus berbanding 84 peratus pada Oktober 2024.
Ia juga berkata kualiti aset sistem perbankan kekal kukuh, dengan keseluruhan nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih masing-masing kekal stabil pada 1.5 peratus dan 0.9 peratus.
Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) terus berada padatahap berhemat sebanyak 128.1 peratus daripada pinjaman terjejas (Oktober 2024: 126.6 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertumbuhan kredit sektor swasta
#Bank Negara Malaysia
#bon korporat
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan