KUALA LUMPUR: Peruntukan RM40 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2022 untuk geran, jaminan dan ekuiti kepada semua perniagaan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) hingga syarikat senaraian awam akan terus menyokong pemulihan industri dan sektor berikutan ekonomi telah dibuka semula.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata penting bahawa bajet tersebut mewujudkan peluang kepada individu dan perniagaan untuk beralih kepada ekonomi yang semakin pulih untuk pertumbuhan dan memberi tumpuan kepada langkah-langkah produktiviti.
Katanya bank turut mengalu-alukan pengembangan dalam jaminan kredit perumahan dan skim kredit mikro kepada pekerja dan perniagaan dalam sektor tidak formal, bertujuan untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan membolehkan keterangkuman kewangan.
"Industri perbankan, bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut membangunkan program sasarannya sendiri untuk terus menyokong segmen pelanggan individu paling mudah terjejas melalui skim bantuan kewangan yang komprehensif.
"Skim ini, dikenali sebagai Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) akan menyediakan penyelesaian pengurusan kewangan yang menyeluruh kepada pelanggan B50," katanya dalam kenyataan semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata peruntukan itu akan memberi manfaat kepada kumpulan B40 dan perniagaan terutamanya PKS, tulang belakang ekonomi negara.
"Ini termasuk, misalnya, akses kepada pembiayaan untuk PMKS dan sektor tidak formal. Inisiatif kerajaan untuk menggalakkan keterangkuman dengan menyasarkan untuk mengurangkan jurang pendapatan serta jurang pembangunan antara negeri, akan membawa kepada pendapatan, kekayaan dan kesaksamaan sosial yang lebih baik," katanya.
Abdul Rahman berkata bajet tersebut akan mengukuhkan daya tahan ekonomi negara dan membina semula keyakinan pasaran.
"Ia adalah baik apabila kerajaan terus memberi penekanan kepada dasar yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050.
"Kerajaan akan turut meningkatkan komitmennya ke arah memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), melalui pelaburan yang akan merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi selain mengurangkan bahaya terhadap alam sekitar dan komuniti kita," katanya.
Selain itu, CIMB menyambut baik pelan kerajaan untuk terbitan sukuk kemampanan berjumlah sehingga RM10 bilion pada tahun depan untuk disalurkan kepada projek yang mesra sosial dan iklim yang layak.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Banking Group Datuk Khairussaleh Ramli positif terhadap inisiatif kemampanan oleh kerajaan melalui peningkatan kepelbagaian di tempat kerja dan memperkasakan wanita dalam membina ekonomi yang lebih kukuh selepas COVID-19 serta aspirasi negara ke arah neutral karbon menjelang 2050.
Kementerian Kewangan semalam mengumumkan Bajet 2022 yang menyokong tiga tonggak utama: mengukuhkan pemulihan, membina daya tahan dan memacu inovasi.
Jumlah bajet, bersamaan dengan 20.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), hampir 3 peratus lebih tinggi daripada RM322.5 bilion yang diumumkan untuk Bajet 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata bank turut mengalu-alukan pengembangan dalam jaminan kredit perumahan dan skim kredit mikro kepada pekerja dan perniagaan dalam sektor tidak formal. - Bernama
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).