awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan BAS.My menggalakkan, kerajaan peruntuk lebih RM200 juta setahun - Loke
Kerajaan kaji penambahbaikan model pemilihan bakal jemaah haji
Hampir 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat penipuan dalam talian di Kemboja pulang ke tanah air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan

Bernama
Bernama
18/04/2024
21:00 MYT
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Chin berkata, Labuan IBFC tidak seharusnya dibandingkan dengan pusat kewangan yang ditubuhkan seperti di Singapura dan Hong Kong. - Gambar Bernama
LABUAN: Peserta industri Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Pengerusi Persatuan Syarikat-syarikat Amanah Labuan, Datuk Chin Chee Kee berkata, langkah itu penting untuk kemakmuran jangka panjang sektor perniagaan dan kewangan Labuan, yang berpotensi membawa hasil tambahan untuk negara.
"Usaha itu bukan hanya dapat meningkatkan jumlah syarikat dalam IBFC malah juga menyumbang hasil tambahan kepada kerajaan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan kemudahan baru dibina Universal Serviced Offices (USO) Labuan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan, di sini, pada Khamis.
Aktiviti perdagangan tidak lagi dibenarkan termasuk pembelian produk siap antaranya barangan perkilangan, dari satu negara dan menjual semula ke negara lain melalui entiti Labuan.
Chin berkata, banyak syarikat telah menghentikan operasi di Labuan dan berpindah ke luar Malaysia.
Beliau menyatakan keyakinan bahawa langkah membenarkan entiti Labuan menjalankan aktiviti perdagangan akan menggalakkan lebih banyak syarikat kembali untuk operasi perniagaan.
Beliau berkata, Labuan IBFC tidak seharusnya dibandingkan dengan pusat kewangan yang ditubuhkan seperti di Singapura dan Hong Kong.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, berbanding dengan 70 pusat kewangan lain di seluruh dunia, Labuan IBFC berdiri setanding dalam banyak aspek, mematuhi sepenuhnya piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh pengawal selia seperti Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
"Labuan IBFC merupakan penyumbang hasil yang besar kepada Malaysia dan Labuan, menarik peserta industri dari pelbagai wilayah.
"Oleh itu, tidak perlu ada sekatan ke atas aktiviti perniagaan yang sah yang menyumbang kepada hasil kerajaan," katanya.
Beliau memuji Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan kerana melaksanakan dasar yang menggalakkan, yang menarik peserta industri untuk beroperasi di Labuan, kecuali aktiviti perdagangan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#OECD
#aktiviti perdagangan
#hasil tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan