KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) telah memeterai satu perjanjian pembelian sekuriti bagi memperoleh 100 peratus syarikat bahan kimia khusus global berpangkalan di Sweden, Perstorp Holding AB pada 1.54 bilion euro atau RM7.02 bilion.
Perjanjian tersebut telah ditandatangani dengan Financiere Foret S.a.r.l, sebuah syarikat di bawah PAI Partners yang juga firma ekuiti swasta Eropah.
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PCG Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata pengambilalihan bermakna itu merupakan satu pencapaian besar untuk PCG dalam mewujudkan satu platform penting untuk mempelbagaikan usahanya dalam industri bahan kimia khusus.
"Ini juga dapat menjana peluang pertumbuhan baharu yang membolehkan perniagaan kalis masa depan terhadap kitaran serta ketidaktentuan pasaran.
"Perstorp juga adalah pelengkap strategik yang mantap bagi PCG dalam membolehkan kami menyertai pasaran akhir yang menarik seperti (segmen) cat dan salutan, pembinaan, automotif, penjagaan peribadi dan makanan berkhasiat untuk haiwan dengan prospek pertumbuhan yang memberangsangkan.
"Pembelian ini akan turut membantu dari segi mendapatkan pekerja dengan kemahiran penting, serba tahu selain platform teknologi serta saluran pelanggan yang terbukti dapat menangani keperluan pasaran bagi penyelesaian lebih mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PCG juga menyifatkan perjalanannya bagi mencapai matlamat sebagai syarikat kimia pilihan dengan menawarkan penyelesaian inovatif untuk pelanggan, adalah berteraskan strategi jelas yang memperkukuh portfolio petrokimia asasnya dan kepelbagaian aspek derivatif, terutama kimia khusus serta penyelesaiannya, sekali gus dapat memperkukuh pendapatan secara menyeluruh.
Langkah terbaharu ini juga menyusuli usaha pengambilalihan BRB Group pada 2019 -- peneraju pengeluar bebas dan perumus silikon, bahan tambahan minyak pelincir dan bahan kimia yang membolehkan PCG menembusi bidang baharu.
"Bagi kami, pembelian Perstorp ini menarik kerana rangkaian produknya yang meluas, jumlah pelanggan yang kukuh serta kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam bahan kimia tertentu yang menjadi pelengkap kepada PCG," katanya.
Mohd Yusri berkata Perstorp akan turut memberi tambahan sehingga 2.3 juta tan setahun ke atas kapasiti pengeluaran PCG dan menyumbang kira-kira 28 peratus peningkatan hasil untuk PCG berdasarkan keputusan kewangan 2021 selain menyokong matlamat jangka sederhana untuk mewujudkan 30 peratus hasil yang dijana daripada perniagaan bukan tradisional menjelang 2030.
"Pengambilalihan ini akan turut menyumbang ke arah memperkukuh industri kimia khusus Malaysia yang dapat memberi manfaat ekonomi dalam jangka panjang," katanya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perstorp Jan Secher pula yakin terhadap kemampuan kumpulan untuk berkembang dalam fasa pertumbuhan seterusnya dengan berasaskan jenama Petronas yang kukuh di peringkat global serta kekuatan PCG sebagai peneraju industri dan pasaran terkemuka di rantau Asia Pasifik.
Perstorp yang ditubuhkan sejak 140 tahun lepas, terbabit dalam pembangunan penyelesaian mampan yang menumpukan pasaran resin dan salutan, cecair kejuruteraan dan makanan berkhasiat untuk haiwan.
Ia terdapat di 26 negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Pasifik yang dibarisi oleh kira-kira 1,500 pekerja.
Beberapa produk Perstorp juga di kedudukan pertama global seperti trimethylolpropane (TMP) dan pentaerythritol (Penta).
Bagi tahun kewangan 2021, Perstorp mencatat perolehan hasil sebanyak 1.33 bilion euro (RM6.54 bilion) manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan sebanyak 248 juta euro (RM1.21 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022

PCG memeterai perjanjian pembelian sekuriti bagi memperoleh 100 peratus syarikat bahan kimia Perstorp Holding AB pada 1.54 bilion euro atau RM7.02 bilion. -Bernama

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

S&P Global Ratings semak semula prospek Petronas kepada 'stabil' daripada 'negatif'
Agensi penarafan global itu mungkin menurunkan penarafan Petronas jika ia menurunkan penarafan kedaulatannya di Malaysia.

MIDF mulakan liputan ke atas KKB
MIDF Research telah memulakan liputan ke atas KKB Engineering Bhd pada RM1.40 dengan penarafan -Beli- dan harga sasaran RM1.50 sesaham.

Kasma Daniel tawan Litar Terengganu
Kasma menampilkan strategi mantap apabila mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dan ke atas walaupun dicabar pelumba lain.

Hadiah Kewartawanan Malaysia: Astro AWANI rangkul tiga emas, satu gangsa
Liputan 'Kajang Bypass' bawa tuah buat Hilmi dan Sallehin dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia-Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2022.

Petronas tandatangan kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok Ketapang Utara
Petronas memperoleh Blok Ketapang Utara semasa pusingan kedua Pusingan Bidaan Petroleum Indonesia 2021 dan memegang 100 peratus ekuiti dalam blok itu.

Petronas Gas beri kontrak RM92 juta kepada konsortium diketuai Carimin
Kerja itu melibatkan pembinaan kira-kira 10km saluran paip sisi dan stesen pemeteran untuk membekalkan gas asli kepada loji pembuatan kertas milik ND Paper Malaysia (Selangor).

'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.

Petronas penuhi permintaan tenaga bersih global melalui Gentari
Gentari akan menawarkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih untuk memenuhi keperluan tenaga dan aspirasi karbon rendah Malaysia.

HLIB positif prospek masa hadapan Dayang
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research positif terhadap prospek masa hadapan Dayang Enterprise Holdings Berhad disokong oleh permintaan yang konsisten.

Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).