KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) sedang dalam peringkat komunikasi rapat dengan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung membabitkan mekanisme subsidi bahan api berikutan peningkatan harga minyak mentah di peringkat global.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PDB Azrul Osman Rani berkata syarikat itu amat memahami kesukaran pada masa ini susulan peningkatan harga minyak mentah yang turut memberi impak kepada Malaysia dan negara-negara lain.
"Jika dilihat keadaan di Thailand misalnya, harga RON95 pada hari ini adalah menyamai RM5 (seliter). Di Singapura, ia hampir mencecah RM10 (seliter).
"Sehubungan itu, wujud kebimbangan dari segi peningkatan ketara belanjawan membabitkan subsidi bahan api yang perlu ditanggung oleh kerajaan," katanya kepada pemberita pada sidang media mesyuarat agung tahunan PDB secara maya di sini, hari ini.
Pada awal Mac lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata kerajaan akan mengkaji semula mekanisme subsidi bahan api dan minyak masak agar ia lebih bersasar dan menumpukan subsidi kepada kalangan golongan rentan serta mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
Malah, Tengku Zafrul menegaskan bahawa kerajaan berkemungkinan terpaksa menampung sehingga RM28 bilion dalam bentuk subsidi bagi petrol, diesel dan gas asli cecair bagi 2022 susulan perang Rusia-Ukraine yang menyebabkan harga minyak mentah melonjak lebih AS$100 setong -- paras tertinggi sejak 2014.
Mengulas selanjutnya, Azrul berkata PDB akan terus menyokong dan terus bekerjasama dengan kerajaan serta industri yang beroperasi di Malaysia.
"Bagi saya, masih ada beberapa topik perbincangan yang perlu dimuktamadkan dan kami akan bekerjasama dengan sebahagian besar daripada mereka dalam usaha memastikan satu model yang mampan, lancar serta boleh dilaksanakan oleh negara ini," katanya.
Mengulas pembukaan semula sempadan negara sejak 1 April lepas, Azrul berkata PDB tidak menyaksikan banyak perubahan dari segi bahan api jet.
"Bagaimanapun, kami melihat peningkatan besar berbanding tahun kewangan tahun lepas dengan prestasi suku pertama yang agak baik. Masih banyak faktor lain yang memberi kesan kepada perniagaan, bukan hanya dari segi volum, tetapi juga soal pergerakan harga.
"Inilah yang perlu kami pantau secara teliti dan berharap dapat memanfaatkaan kemampuan dan infrastruktur di serata lapangan terbang antarabangsa selain berkhidmat kepada pelanggan yang memerlukan lebih banyak bahan api jet apabila lebih banyak sempadan dibuka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Azrul berkata syarikat itu amat memahami kesukaran pada masa ini susulan peningkatan harga minyak mentah yang turut memberi impak kepada Malaysia dan negara-negara lain. - Gambar/ PDB
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.