awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas sasar sekurang-kurangnya tempat ketiga Kajian Laporan Ketelusan Korporat 2015

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
03/09/2015
13:41 MYT
Petronas sasar sekurang-kurangnya tempat ketiga Kajian Laporan Ketelusan Korporat 2015
Petronas akan meningkatkan usaha dalam mencapai kecemerlangan dalam ketiga-tiga kriteria yang tersenarai sepanjang tahun ini bagi dimasukkan dalam kajian TRAC
Petronas yakin mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga di dunia dalam Kajian Laporan Ketelusan Korporat (TRAC) yang dijalankan oleh Transparency International (TI) berpangkalan di Berlin tahun ini.
Dengan 6.3 dari 10 mata tahun lepas, Petronas mencapai tempat yang kelima dari seratus syarikat yang terpilih dari seluruh dunia. Menurut Presiden TI, Datuk Akhbar Satar, dari segi organisasi Petronas, pencegahan rasuah dalamannya dan polisi tanpa hadiah, pencapaiannya telah direalisasikan.
Senarai syarikat negara membangun dari segi ketelusan dikaji oleh TRAC berdasarkan tiga kriteria yang itu program anti rasuah, ketelusan organisasi dan laporan negara merangkumi pendapatan, dan perbelanjaan modal dan pembayaran cukai.
Menurut Ketua Pegawai Integriti Petronas, Datuk Samsiah Abu Bakar, Petronas akan meningkatkan usaha dalam mencapai kecemerlangan dalam ketiga-tiga kriteria yang tersenarai sepanjang tahun ini bagi dimasukkan dalam kajian TRAC terbaru yang akan dikeluarkan pertengahan 2016.
Kesemua program berdasarkan integriti bagi Petronas dijalankan di bawah pejabat integritinya yang ditubuhkan pada 2012 bagi tujuan meningkatkan integriti syarikatnya.
"Berdasar kepada Association of Certified Fraud Examiners, 5 peratus daripada keuntungan akan hilang kerana penipuan dan rasuah," kata Akhbar.
Beliau juga turut menyatakan bahawa Petronas akan menjadi contoh kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta lain bagi meningkatkan usaha ketelusan malah meningkatkan tahap integriti negara.
Beliau berkata kesedaran syarikat swasta untuk mewujudkan bahagian integriti semakin meningkat dan usaha harus diteruskan secara konsisten.
Ketelusan organisasi bermakna segala maklumat berkaitan struktur syarikat dipapar di laman sesawang dan boleh diakses oleh orang awam.
Petronas meraih 100 peratus mata bagi kriteria ini.
Sementara itu, Petronas meraihkan 88 peratus mata bagi program laporan anti rasuah.
Menurut Samsiah, apabila program anti-rasuah diteruskan kepada kesemua anak syarikat Petronas dan kontraktor, beliau yakin peratusan Petronas akan meningkat.
Menurut laporan TRAC tahun lepas,TATA group dari India menduduki tempat pertama.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#integriti
#Petronas
#Samsiah Abu Bakar
#TI
#Transparency International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan