BISNES
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Tengku Muhammad Taufik berkata perjanjian ini menandakan satu peristiwa penting bagi PETRONAS dalam memperkukuh keselamatan tenaga untuk mereka yang menerima perkhidmatan syarikat itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), PETRONAS LNG Ltd (PLL) telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) gas asli cecair (LNG) selama 20 tahun dengan QatarEnergy, perjanjian bekalan LNG jangka panjang pertama antara kedua-dua syarikat itu.
Di bawah SPA berkenaan, PLL akan mengambil alih sehingga dua juta tan setahun (MTPA) LNG daripada QatarEnergy dalam tempoh 20 tahun.
Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa volum jangka panjang diperoleh menerusi perjanjian tersebut akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh keselamatan bekalan tenaga Malaysia dan memastikan ketersediaan LNG yang stabil dan boleh dipercayai untuk memenuhi permintaan negara yang semakin meningkat.
"Perjanjian ini menandakan satu peristiwa penting bagi PETRONAS dalam memperkukuh keselamatan tenaga untuk mereka yang menerima perkhidmatan kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) PETRONASTan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Tengku Muhammad Taufik berkata pembekalan LNG menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikar terkemuka dalam industri seperti QatarEnergy melengkapi kargo dari pusat LNG PETRONAS di Malaysia dan Kanada, mempelbagaikan lokasi sumber bekalan walaupun syarikat itu membuka peluang baharu untuk memberikan nilai dan kecekapan yang lebih tinggi.
Pemeteraian perjanjian itu disempurnakan oleh Tengku Muhammad Taufik dan Menteri Negara Hal Ehwal Tenaga Qatar yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif QatarEnergy, Saad Sherida Al-Kaabi di luar Persidangan dan Pameran Antarabangsa mengenai Gas Cecair Asli ke-21 (LNG2026).
Petronas berkata kerjasama strategik itu meningkatkan daya tahan portfolio syarikat dalam persekitaran landskap tenaga global yang berkembang, pada masa sama menyokong pembangunan ekonomi negara dan keutamaan peralihan tenaga.
Ia menjelaskan bahawa perjanjian itu juga mencerminkan komitmen bersama antara PETRONAS dan QatarEnergy untuk memperdalam kerjasama merentasi rantaian nilai LNG ke arah portfolio gas yang mampan dan sudah bersedia untuk masa depan.
"Perjanjian ini mencerminkan usaha berterusan kedua-dua pihak dan asas kukuh yang dibina selama bertahun-tahun menjalin kerjasama.
"Ia meletakkan perkongsian ini untuk memberikan nilai jangka panjang dan menyokong kemajuan praktikal ke arah masa depan tenaga yang lebih mampan," katanya.
-- BERNAMA

#Petronas LNG
#QatarEnergy
#perjanjian jual beli
#gas asli cecair
#Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz