KUALA LUMPUR :Pihak industri perbankan bersedia membantu peminjam yang terjejas susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia.
Kenyataan bersama Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) hari ini memaklumkan, institusi kewangan terbabit akan memberi perlanjutan bantuan pembayaran balik termasuk melanjutkan moratorium sedia ada kepada individu yang terbukti terjejas akibat PKP.
Selain itu, kenyataan itu berkata, institusi kewangan juga telah mengumumkan pemberian lanjutan bantuan bayaran balik bagi mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir berkaitan dan mereka diminta untuk menghubungi bank masing-masing bagi tujuan itu.
ABM dan AIBIM menjelaskan, lanjutan itu melibatkan semua skim bantuan bayaran balik bersasar yang telah diumumkan sebelum ini.
Katanya, ia termasuk pelanggan yang kehilangan kerja pada 2020 atau 2021.
"Mereka boleh memohon bagi bantuan untuk tempoh tiga bulan pada bila-bila masa pada atau sebelum 30 Jun depan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Selain itu kenyataan itu memberitahu, individu yang masih bekerja namun pendapatan mereka mengalami pengurangan berikutan COVID-19 juga boleh memohon untuk menurunkan jumlah ansuran bayaran.
Sementara itu, bagi isi rumah M40 juga penerima Bantuan Prihatin National juga katanya, bank-bank membenarkan mereka membuat pengisytiharan diri.
"Isi rumah B40 yang berdaftar dengan pangkalan data Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat boleh memohon bagi sama ada pengecualian bayaran ansuran selama tiga bulan atau pengurangan ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
"Usahawan mikro dengan pinjaman atau pembiayaan membabitkan jumlah asal sehingga RM150,000, boleh memohon untuk sama ada penangguhan ansuran selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan," jelasnya.
Menurut kenyataan itu, bantuan pembayaran balik untuk B40, M40 dan perusahaan mikro itu adalah untuk pinjaman atau pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih 90 hari dari tarikh permohonan bantuan bayaran balik yang dikemukakan kepada bank.
Selain itu, semua peminjam atau pelanggan lain yang turut berdepan kesukaran membuat bayaran balik pinjaman atau pembiayaan masing-masing, juga boleh menghubungi bank untuk membincangkan pakej bayaran balik yang sesuai dengan keadaan mereka.
Setakat 31 Disember lalu, katanya, lebih 1.3 juta permohonan bantuan bayaran balik telah diterima dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus.
"Sejajar dengan tempoh mencabar ini, industri perbankan ingin menggalakkan peminjam atau pelanggan yang mempunyai aturan bayaran balik sedia ada dan sukar meneruskan obligasi itu untuk menghubungi bank mereka bagi bantuan selanjutnya.
"Penerimaan bantuan bayaran balik bersasar dalam tempoh itu tidak akan dimasukkan dalam laporan sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)," ujar persatuan itu.
Astro Awani
Mon Jan 18 2021

ABM dan AIBIM menjelaskan, lanjutan itu melibatkan semua skim bantuan bayaran balik bersasar yang telah diumumkan sebelum ini.

Deloitte buat penyelesaian RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC - Kementerian Kewangan
MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

Junjung titah Agong, segera panggil sidang Parlimen - Majlis Setiausaha PH
Proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara dikhuatiri akan semakin terhakis.

Lebih 8,000 pekerja asing jalani saringan, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan tumpuan dalam kenyataan media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
![AWANI Sarawak [02/03/2021] - Kumpulan kedua fasa pertama | Melibatkan tujuh blok | Kelancaran penghantaran vaksin AWANI Sarawak [02/03/2021] - Kumpulan kedua fasa pertama | Melibatkan tujuh blok | Kelancaran penghantaran vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893483/15793218241614772142618_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [02/03/2021] - Kumpulan kedua fasa pertama | Melibatkan tujuh blok | Kelancaran penghantaran vaksin
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak - Sarawak terima vaksin Pfizer-BioNTech fasa kedua - PKPD di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan - Demi kelancaran penerimaan vaksin, DHL Express jalani latihan selama enam bulan! #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.

Runtuh | Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
Makluman awal berlaku runtuhan struktur dari tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dari Sg Besi menghala Bandar Tun Razak. Kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

PKP 2.0: Bank sedia lanjutkan bantuan
Pihak industri perbankan bersedia membantu peminjam yang terjejas susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia.