BISNES
PKS Malaysia optimis, tapi tertekan dengan kos dan beban pematuhan – Tinjauan
Memetik Tinjauan PKS SAMENTA 2025/26, PKS di negara ini masih bergelut dengan tekanan kos operasi, beban pematuhan peraturan dan kekurangan tenaga kerja. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia kekal optimis terhadap prospek ekonomi negara, namun masih terdapat beberapa perkara yang masih menjadi cabaran utama kepada mereka.
Memetik Tinjauan PKS SAMENTA 2025/26 yang dijalankan bersama firma penyelidikan pasaran Ipsos, PKS di negara ini masih bergelut dengan tekanan kos operasi, beban pematuhan peraturan dan kekurangan tenaga kerja.
Tinjauan itu mendapati 65 peratus PKS percaya ekonomi negara berada di landasan yang betul, manakala 91 peratus menjangkakan pendapatan mereka akan kekal stabil atau meningkat dalam tempoh enam bulan akan datang.
Namun, tujuh daripada sepuluh PKS hanya mempunyai simpanan tunai kurang daripada enam bulan, menjadikan mereka terdedah kepada kejutan ekonomi.
Inflasi dikenal pasti sebagai cabaran utama oleh 40 peratus responden, diikuti oleh permintaan domestik yang lemah (33 peratus) dan tekanan pematuhan (26 peratus).
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, walaupun keyakinan terhadap ekonomi adalah positif, ia tidak mencukupi untuk menjamin kelangsungan PKS.
“Tanpa dasar yang lebih bersasar untuk menangani jurang pembiayaan, mengurangkan beban pematuhan serta merangsang permintaan, kita berisiko mewujudkan ekonomi berbentuk K – di mana syarikat besar terus berkembang, tetapi PKS terus ketinggalan,” katanya.
Beliau turut menyeru agar reformasi fiskal dan buruh yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dilakukan secara berperingkat dan seimbang, agar tidak menjejaskan daya tahan PKS.
William menegaskan bahawa jika Malaysia mahu mencapai sasaran 50 peratus sumbangan PKS kepada KDNK menjelang 2030, seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), maka usaha mempercepatkan pendigitalan, menyokong peralihan hijau, memperkukuh bakat tempatan dan memastikan pembiayaan yang adil perlu dipertingkatkan segera.
Sementara itu, Ketua Serantau APAC Ipsos Strategy3, Kiranjit Singh berkata, lebih separuh PKS merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam tempoh enam bulan akan datang dan 69 peratus bercadang menaikkan harga bagi menampung kos yang semakin meningkat.
“PKS yang lebih matang dan berpusat di bandar lebih bersedia, manakala PKS yang lebih muda serta di Pantai Timur masih berdepan cabaran yang lebih ketara,” jelasnya.
Tinjauan itu turut mendedahkan bahawa 74 peratus PKS mempunyai pelan latihan, namun tahap pendigitalan dan amalan ESG masih perlahan.