BISNES
PKS perlu manfaatkan kekukuhan perindustrian negara supaya kekal kompetitif di arena global
Tengku Zafrul berkata dalam usaha terus kekal berdaya saing di peringkat global, PKS mesti berkembang, berinovasi dan meneroka pasaran luar disokong oleh akses kepada modal, teknologi, bakat serta panduan yang boleh dipercayai. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu memanfaatkan kekukuhan serta pertumbuhan perindustrian negara untuk berkembang, berinovasi dan meneroka pasaran luar supaya kekal berdaya saing di arena global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata keteguhan berterusan sektor perindustrian dan pembuatan Malaysia telah menjana prestasi perdagangan yang amat baik, dengan eksport bernilai RM1.3 trilion bagi tempoh dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Sejak Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dilancarkan, nilai tambah sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat 13.5 peratus atau RM45.3 bilion untuk mencecah RM382 bilion pada 2024, katanya.
"Ini menunjukkan pertumbuhan berterusan disumbangkan oleh pelaburan lebih tinggi dan pengembangan perniagaan serta peningkatan eksport.
"Guna tenaga meningkat 8.5 peratus atau 222,000 kepada 2.84 juta pada 2024, menunjukkan peningkatan peluang pekerjaan yang stabil dalam industri, termasuk daripada pelaburan baharu yang direalisasikan," katanya dalam ucaptama pada Majlis Makan Malam Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia di sini, semalam.
Tengku Zafrul berkata untuk memanfaatkan pertumbuhan itu, tahap kesediaan PKS kekal sebagai keutamaan.
Beliau berkata dalam usaha terus kekal berdaya saing di peringkat global, PKS mesti berkembang, berinovasi dan meneroka pasaran luar disokong oleh akses kepada modal, teknologi, bakat serta panduan yang boleh dipercayai.
"Kita mesti berevolusi untuk kekal berdaya saing. Sebagai contoh, misi NIMP 2030 untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar bukan sekadar sasaran malah juga ikrar untuk memastikan industri Malaysia kalis masa depan melalui automasi, penyepaduan digital, penggunaan data dan kemahiran tambahan bagi tenaga kerja," katanya.
Tengku Zafrul juga menyuarakan penghargaan kepada kalangan penerima dan calon penerima anugerah di samping memuji peranan mereka dalam membentuk semula landskap pembuatan negara serta membuktikan Malaysia berupaya bersaing di peringkat global.
"Kita meraikan peneraju dalam penerimagunaan digital dan pemangkin digital iaitu penyedia teknologi tempatan dengan mengiktiraf kecemerlangan dalam kategori PKS Pintar, Syarikat Peringkat Pertengahan Pintar, Kecemerlangan Teknologi dan Kemasyarakatan.
"Paling penting, kita mengiktiraf kepimpinan, pembangunan keupayaan dan dimensi kemanusiaan dalam kemajuan industri," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

- Q: Apakah yang didorong Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia untuk PKS berkembang?
A: Menteri menekankan perlunya PKS memanfaatkan kekukuhan serta pertumbuhan perindustrian negara untuk berkembang, berinovasi, dan meneroka pasaran luar supaya kekal berdaya saing di arena global. - Q: Berapakah nilai eksport Malaysia dari Januari hingga Oktober tahun ini?
A: Eksport Malaysia bernilai RM1.3 trilion bagi tempoh dari Januari hingga Oktober tahun ini. - Q: Apakah peningkatan nilai tambah sektor pembuatan kepada KDNK Malaysia setelah pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030?
A: Nilai tambah sektor pembuatan kepada KDNK Malaysia meningkat 13.5 peratus atau RM45.3 bilion untuk mencecah RM382 bilion pada 2024, selepas pelancaran NIMP 2030.
#PKS
#berdaya saing di peringkat global
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#sektor perindustrian dan pembuatan