awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, Modi bincang kukuhkan hubungan dua hala Malaysia-India

Bernama
Bernama
23/10/2025
02:00 MYT
PM Anwar, Modi bincang kukuhkan hubungan dua hala Malaysia-India
Anwar berkata perbincangan bersama Modi turut menyentuh mengenai penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia dan India berhasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Malaysia dan India berhasrat memperkukuh hubungan ke tahap lebih strategik dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan dan keselamatan serantau.
  • Hasrat itu dizahirkan melalui panggilan telefon antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
  • Modi akan sertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 secara atas talian kerana sambutan Deepavali; Malaysia komited memperkukuh kerjasama ASEAN-India.

Beliau berkata hasrat itu dizahirkan menerusi panggilan telefon yang diterima malam tadi daripada rakan sejawatnya Perdana Menteri India Narendra Modi bagi membincangkan usaha berkenaan.
"India kekal sebagai rakan penting Malaysia di lapangan perdagangan dan pelaburan selain kerjasama erat dalam sektor teknologi, pendidikan serta keselamatan serantau," katanya menerusi hantaran di laman sosial X hari ini.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perbincangan bersama Modi turut menyentuh mengenai penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.
Beliau berkata Modi akan menghadiri sidang kemuncak itu secara atas talian memandangkan perayaan Deepavali yang masih diraikan di India pada ketika itu.
"Saya menghormati keputusan tersebut dan menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada beliau serta seluruh rakyat India.
"Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan Malaysia-India dan meningkatkan lagi kerjasama ASEAN-India ke arah rantau yang lebih aman dan makmur," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Narendra Modi
#Hubungan dua hala
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan