WASHINGTON D.C: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
Syarikat itu termasuklah Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instruments, GE Aviation, Conoco Phillips, Ford, National Instruments, Infineon, Micron dan Insulet.
Ismail Sabri menemui mereka pada sesi pertemuan perniagaan di sebuah hotel di sini.
Perdana Menteri Malaysia, yang tiba di sini pada Rabu, dalam lawatan kerja selama empat hari ke Amerika Syarikat.
Pegawai-pegawai kanan itu termasuk Presiden Boeing untuk Asia Tenggara Alexander Feldman, Ketua Dasar Persekutuan Tesla Hasan Nazar, Naib Presiden Korporat Hal Ehwal Awam Micron Courtney Geduldig.
Presiden bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco Dave West, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google Karan Bhatia serta Naib Presiden dan Ketua Perhubungan Kerajaan Global Texas Instrument Steve Bonner.
Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Malaysia dan tiga entiti Amerika, iaitu World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA), Accenture PLC dan Human Resource Certification Institute (HRCI).
Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan Surat Niat (LoI) oleh MyDigital Corporation Malaysia kepada empat syarikat Amerika iaitu Cisco Systems Inc; Intel Corporation; Microsoft Corporation dan Micron Technology Inc serta penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada Advanced Micro Devices Inc untuk pengembangan syarikat itu di Malaysia.
Kemudian, Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Shahul Dawood memberitahu media Malaysia bahawa tiga MoU yang dimeterainya akan membolehkan latihan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
“Modul latihan dan kepakaran mereka (Amerika) kaya dengan kandungan dengan penggunaan teknologi terkini, yang merupakan aspek penting dalam pembangunan tenaga kerja. Pendedahan sedemikian akan meningkatkan permintaan tenaga kerja kita di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.
Setiausaha HR Certification Institute Gardiner Hempel berkata mereka bersedia membantu membangunkan tenaga kerja Malaysia untuk semua industri.
Setiausaha Agung World Information Technology and Services Alliance (WITSA) Dr James Poisant berkata latihan mereka memberi tumpuan kepada bagaimana teknologi dapat membantu meningkatkan kehidupan manusia.
“Ia adalah bagaimana untuk membantu orang ramai bagi manfaat mereka,” katanya.
Pengarah Urusan Accenture Allison M. Hord berkata syarikatnya bersedia untuk berkongsi latihan meningkatkan kemahiran dan melatih semula dengan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Ismail Sabri ketika hadir pada sesi pertemuan perniagaan dengan pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika di sebuah hotel di Washington DC pada Khamis (Jumaat di Malaysia). --fotoBERNAMA
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.