BISNES
PM ke-10: Ringgit meningkat, mengukuh 1.93 peratus berbanding dolar AS
Mata wang tempatan itu melonjak ke 4.4915 berbanding 4.5725 pada penutupan semalam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh 1.93 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mengakhiri dagangan pada Khamis.
Mata wang tempatan itu melonjak ke 4.4915 berbanding 4.5725 pada penutupan semalam.
Pemerhati pasaran berpandangan, ia selepas Istana Negara mengumumkan Perdana Menteri baharu Malaysia pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).