awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib gembira KL tempat ke-19 bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia

Bernama
Bernama
15/09/2016
13:47 MYT
PM Najib gembira KL tempat ke-19 bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia
Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan kedudukan Kuala Lumpur di ranking ke-19 sebagai bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia oleh firma rekaan dan konsultasi global, Arcadis.
Perdana menteri berkata pengiktirafan itu adalah berdasarkan prestasi kukuh negara dalam pelbagai sektor dan projek.
"Ini adalah pengiktirafan terhadap usaha kolektif kita untuk mentransformasi KL untuk menjadi hab ekonomi menarik, mampan dan bertaraf dunia," katanya dalam catatan di Twitter beliau.
This is a recognition of our collective effort to transform KL into an attractive, sustainable, world-class econ hub https://t.co/aFHdSdOJRz
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 15, 2016
Kuala Lumpur mengatasi Washington yang berada di ranking ke-21, Melbourne (ke-26) dan Tokyo (ke-28).
Laporan itu juga menyatakan bagi rantau Asia, Kuala Lumpur menduduki ranking ke-7 keseluruhan, ke-8 dalam sub-indeks rakyat, ke-15 bagi planet dan ke-5 bagi sub-indeks keuntungan.
Arcadis dalam laporannya bertajuk "Sustainable Cities Index 2016: Putting people at the heart of city sustainability" (Indeks Bandaraya Mampan 2016: Meletakkan rakyat sebagai teras kemampanan bandaraya) menyebut bahawa Program Transformasi Ekonomi Malaysia (ETP) dikenal pasti sebagai enjin pertumbuhan dalam mencapai visi negara dan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi secara berterusan di seluruh negara.
"Kerajaan telah menetapkan sasaran bagi mentransformasi Kuala Lumpur untuk menjadi bandaraya bertaraf dunia menjelang 2020, sesuatu yang amat baik bagi penduduk dan juga pelancong.
"Projek-projek besar spesifik sedang dilaksanakan untuk meningkatkan ranking Kuala Lumpur, meliputi daripada Menara 118 sehingga Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura dan Tun Razak Exchange," kata Arcadis dalam laporan penuhnya di www.arcadis.com.
Indeks Bandaraya Mampan Arcadis 2016 memberi penarafan ke atas 100 bandaraya global berdasarkan tiga dimensi atau teras, iaitu kemampanan: Rakyat, Planet dan Keuntungan yang mewakili kemampanan sosial, alam sekitar dan ekonomi.
Topic Berkaitan
#bandaraya paling mampan
#ekonomi
#ETP
#Indeks Bandaraya Mampan Arcadis 2016
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan