Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin dengan kemampuan negara mencapai sasaran ekonomi bernilai RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun akan datang.
Ketika berkongsi keyakinan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sasaran itu akan turut disumbangkan oleh perkembangan pesat wilayah Iskandar Malaysia.
"Saya mahu Malaysia muncul sebagai ekonomi (bernilai) RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun.
"Saya sendiri ada berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani dan kita mampu mencapai ekonomi RM2 trilion berkenaan," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), juga mahu melihat Malaysia muncul sebagai 20 negara utama ekonomi dalam satu jangka masa tertentu.
"Iskandar Malaysia juga akan memberi sumbangan ke arah pencapaian tersebut," kata Najib. -- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia (IM10) di Kompleks Sukan Educity hari ini. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei ini - Exco
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada orang ramai pada hujung bulan ini atau awal Mei depan setelah ditutup lebih empat tahun atas faktor keselamatan.
IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030
Sejak penubuhan pada 2006 hingga Sept 2023, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan terkumpul RM409.5 bilion, melebihi sasaran awal.
SFZ, SEZ bakal jadi pemangkin ekonomi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata, SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar raya Shenzhen di China, yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ.
Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin
Menurut perdana menteri, lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelabur asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.
BRT Iskandar Malaysia akan lalui ujian rintis selama tiga bulan - IRDA
Projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) akan mencapai fasa seterusnya yang melibatkan program ujian rintis selama tiga bulan.
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Muhyiddin sokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat bagi Iskandar Malaysia
Sebagai sebuah wilayah ekonomi, Iskandar Malaysia mencatatkan pencapaian pelaburan yang cemerlang sejak ia dibuka sehingga sekarang.
myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kira-kira 30,000 permohonan menerusi e-mel, mendorong kepada perubahan sistem itu.
Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak, cegah penularan COVID-19
Aplikasi Jejak Johor membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memperoleh rekod kontak pengguna dan memaklumkan kepada mereka dengan kadar segera sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19.
Iskandar Malaysia tarik pelaburan RM273 bilion
Walaupun dengan cabaran global semasa, Iskandar Malaysia optimis dan dijangka mencapai sasaran pelaburan bagi 2018.