PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yakin Bajet 2023 yang bakal dibentangkan Jumaat ini akan mendapat sokongan Ahli Parlimen supaya ia dapat untuk diluluskan.
"Saya percaya bajet akan diterima sebab bajet ini untuk rakyat..kalau pembangkang tak setuju dengan bajet maknanya pembangkang tak setuju apa yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.
"Kalau bajet tak lulus dari segi emolumen bayar gaji kakitangan kerajaan pun tak boleh dibuat. Jadi bajet perlu diluluskan," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pramajlis bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14, di sini, malam ini.
Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa terbuka dan bersedia menerima pandangan-pandangan daripada pihak pembangkang berkaitan dengan Bajet 2023.
"Bagaimanapun komen negatif dan sebagainya daripada pihak pembangkang itu memang dijangkakan seperti biasalah.
"Setiap kali bajet adalah pandangan-pandangan daripada mereka sama ada positif atau negatif dan kita terima. Biasanya pandangan-pandangan itu akan diambil kira oleh kerajaan," katanya.
Ditanya sama ada mesyuarat tadi ada membincangkan tentang pembubaran Parlimen, Ismail Sabri berkata hanya perkara berkaitan perjalanan Dewan Rakyat sahaja yang dibincangkan.
"Mesyuarat pramajlis ini membincangkan daripada segi pembentangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengenai perjalanan Parlimen, berapa jumlah soalan-soalan yang ditanya, berapa jumlah berdasarkan kementerian, apa undang-undang yang akan dibentangkan, pindaan dan sebagainya," katanya.
Ismail Sabri tiba pada jam 8.30 malam untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut selama 90 minit yang turut dihadiri Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Antara Ahli Parlimen yang hadir ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
Mesyuarat pramajlis itu diadakan bagi persediaan Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula esok sehingga 29 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa terbuka dan bersedia menerima pandangan-pandangan daripada pihak pembangkang berkaitan dengan Bajet 2023. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.