BISNES
PNB isytihar agihan pendapatan ASB 5.75 sen bagi tahun kewangan 2025
PNB menjelaskan jumlah pembayaran RM10.4 bilion adalah jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB. - PNB
KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
Ringkasan AI
PNB menjelaskan jumlah pembayaran pula adalah RM10.4 bilion iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata ini menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion sekali gus mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PNB mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
- Jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion adalah tertinggi sejak penubuhan ASB, memberi faedah kepada 11.4 juta pemegang unit.
- Pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion menunjukkan kekuatan portfolio pelaburan ASB, menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.