Permodalan Nasional Bhd (PNB) merancang untuk meningkatkan prestasi syarikat strategiknya dengan melancarkan Rangka Kerja Pengawasan yang menginstitusikan amalan terbaik tadbir urus.
Dalam sidang media maya mengenai Laporan Tahunan 2019 dan Pelan Strategik 2020-2022, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jalil Rasheed berkata memandangkan prestasi syarikat ini memberi impak yang ketara kepada pendapatannya, PNB akan giat melibatkan syarikat ini, menggalakkan tadbir urus korporat yang baik, dan melaksanakan hak pegangan saham melalui pengundian secara proksi.
Beliau berkata komponen utama untuk mencapainya termasuklah memastikan perancangan strategik mereka berjalan lancar, menggalakkan peruntukan modal berhemat yang akan memacu prestasi dalam jangka pendek hingga jangka sederhana, dan menambah baik akauntabiliti dengan mendorong syarikat untuk menerbitkan petunjuk prestasi utama mereka secara telus.
“Kami mahu menjadi rakan kongsi dengan nilai tambah kepada syarikat pelaburan kami dan pemegang saham minoriti. Kami akan menyokong bagi pihak syarikat pelaburan kami dan menawarkan kepakaran.
“Bagi tujuan ini, Majlis Pelaburan Strategik (SIC) telah ditubuhkan, akan dipengerusikan oleh saya dan terdiri daripada semua CEO syarikat strategik kami,” katanya, sambil menambah SIC bertujuan menyelaraskan kepentingan dan mengurangkan pertindihan, dan menjadi saluran kepada semua untuk berkongsi amalan terbaik.
Jalil berkata PNB juga akan menulis surat pemegang saham tahunan kepada syarikat pelaburan strategik dan terasnya yang akan memperincikan penilaiannya mengenai prestasi operasi syarikat.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata bagi tahun kewangan 2019, aset di bawah pengurusan (AUM) PNB mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun kepada RM312 bilion manakala pendapatan bersih sebanyak RM10.7 bilion, menyumbang kepada pembayaran 5.4 sen seunit untuk dana harga tetap walaupun pulangan negatif enam peratus dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Beliau berkata ini berjumlah sebanyak RM13.2 bilion pengagihan pendapatan kepada 14.3 juta pemegang unitnya pada 2019.
Mengenai masa depan, Zeti berkata pemulihan ekonomi global akan bergantung kepada cara dunia membendung pandemik COVID-19, keberkesanan pelaksanaan langkah-langkah dasar yang telah diperkenalkan, bagaimana selepas aktiviti ekonomi ditangguhkan diuruskan dan bila vaksin mungkin dibangunkan.
Dalam tempoh terdekat, katanya perniagaan amat terganggu, pendapatan terjejas, pengangguran dijangka meningkat dan pasaran kewangan amat tidak stabil.
“Dalam keadaan kewangan dan ekonomi yang suram ini, terdapat ruang kepada optimisme. Walaupun kesukaran ekonomi untuk membendung penularan pandemik itu mungkin sengit dan luas, bagaimanapun ia hanya sementara.
“Aktiviti ekonomi dapat digerakkan semula selepas penangguhannya ditamatkan. Dalam masa terdekat, kemelesetan mungkin dirasai sebelum berlaku pemulihan. Oleh itu, kita perlu melihat melebihi jangka masa terdekat,” katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Jalil Rasheed memberitahu, PNB akan menulis surat pemegang saham tahunan kepada syarikat pelaburan strategik dan terasnya yang akan memperincikan penilaiannya mengenai prestasi operasi syarikat.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.